Satu kebakaran telah tercetus di Kemaman melibatkan tiga buah tangki penyimpanan minyak milik Kemaman Bitumen Company (KBC). Kebakaran dipercayai mula dikesan pada jam 6:15 petang semalam pada sebuah tangki yang berisi minyak mentah. Perusahaan tersebut terletak di kawasan perindustrian Teluk Kalong.

Tangki yang boleh menyimpan 300,000 ribu liter minyak itu tetapi ketika kebakaran itu berlaku, hanya terdapat kira-kira 40,000 liter sahaja yang masih tinggal kerana kebanyakannya sudah digunakan.

Kemaman
Keadaan awal kebakaran di kawasan perindustrian Teluk Kalong (Sumber gambar: Awani)

Kebakaran yang berlaku itu telah menarik perhatian ramai kerana asap tebal yang terhasil boleh dilihat daripada jarak yang jauh. Bahang daripada kebakaran tersbeut juga boleh dirasai daripada jauh kerana suhu yang tinggi.

Situasi mula teruk apabila api mula merebak ke tangki kedua dan tangki ketiga mula terbakar pada jam 9:30 malam.

BACA JUGA :   Hari Pertama Persekolahan, Kanak-Kanak Menderita Kaki Tersangkut Dalam Lubang Tandas Selama Setengah Jam

Walau bagaimana pun, kebakaran pada dua tangki sebelumnya telah berjaya dikawal oleh pasukan bomba sebanyak 80 peratus sebelum kebakaran merebak ke tangki ketiga kerana tiupan angin yang kuat.

Kebakaran masih cuba dikawal semenjak semalam (Sumber gambar: NST)

Pasukan bomba daripada Chukai, Kemaman, Kerteh, Kijal, dan Paka telah dikerahkan ke kawasan kebakaran untuk mengawal dan memadamkan kebakaran.

Mereka turut dibantu oleh Kemaman Mutual Aid (KEMA) dan juga anggota sukarelawan Persatuan Kilang daripada kilang berdekatan di kawasan berkenaan.

Sehingga pagi tadi, pasukan bomba masih berusaha untuk mengawal kebakaran yang masih belum berjaya dikawal selepas berjaya mengawal kebakaran di tangki pertama dan kedua.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Azlimin Mat Noor (Sumber gambar: Berita Harian)

Usaha juga dibuat bagi mengelakkan kebakaran merebak ke tangki keempat dan kelima setelah usaha untuk memindahkan minyak tersebut terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan.

BACA JUGA :   Kartel Daging : Skandal Daging Haram

Sebanyak 15,000 liter buih pemadan digunakan; 6,000 liter daripada pihak bomba manakala bakinya daripada pihak kilang.

Imej daripada udara menunjukkan kebakaran yang merebak ke tangki kedua (Sumber gambar: Kosmo Online)

Sebanyak 100 orang anggota daripada 8 agensi dikerahkan bagi mengawal kebakaran yang berlaku.

Usaha memadam dan mengawal kebakaran masih dijalankan.

 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here