Pernah tak, anda berada di dalam khalayak ramai, secara tiba-tiba, anda merasa sensasi tidak selesa. Atau pun, ketika anda hendak melakukan suatu rutin seperti ucapan atau sesuatu yang di luar kebiasaan, anda akan panik dan berasa gemuruh.

Gemuruh adalah sensasi ketakutan untuk melakukan sesuatu atau kepada sesuatu yang tidak disukai atau bukan sesuatu yang rutin. Ketakutan yang dirasai itu menyebabkan badan bereaksi secara tidak normal kerana merasakan ia merupakan sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada badan.

panik
Gemuruh itu merupakan sesuatu yang normal dalam kalangan manusia. (Sumber gambar: Unstress Yourself)

Gemuruh adalah sesuatu yang biasa terutama orang ramai. Tetapi, ada juga orang yang gemuruh sehingga tidak boleh beberapa fungsi badan seperti pernafasan dan rembesan peluh. Da juga yang langsung tidak boleh berdiri dengan betul atau lembik lutut.

Keadaan ini dikenali sebagai serangan gemuruh atau serangan panic/panic attack. Keadaan ini berlaku apabila seseorang itu panik yang diakibat oleh sesuatu hingga menyebabkan berlaku symptom tertentu kepada badan seperti kesukaran bernafas, pening kepala, dan lemah beberapa anggota badan.

Ada juga sesetengah orang yang mengalami serangan panik ini hingga menyebabkan mereka pitam dan pengsan tidak menyedarkan diri. Ia merupakan salah satu msalah mental yang boleh mendatangkan kecelakaan kepada mangsa sekiranya berada di tempat yang berbahaya.

Apa Punca Serangan Gemuruh Ni?

Sesiapa saja yang boleh terkena serangan panik ini. Tak kira anda lelaki atau perempuan. Risikonya adalah sama banyak antara dua jantina ini. Tiada pengecualian dalam kes ni.

Semua orang pernah merasai serangan gemuruh ini (Sumber gambar: Health Orange)

Punca bagi serangan gemuruh dan panik ini tidak boleh dikenal pasti. Apa sahaja yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak selesa boleh menyebabkan seseorang itu terkena serangan gemuruh.

Antara punca seperti berada di tempat yang sesak, tekanan tempat kerja, serta faktor individu yang mempunyai kawalan emosi yang lemah. Selain itu, faktor genetik juga merupakan antara punca serangan gemuruh ini.

BACA JUGA :   MUDAHNYA! Langkah "Simple" Penjagaan Wajah Yang Berkesan!

Simptom & cara rawatan

Disebabkan serangan gemuruh ini tidak mengenal individu, maka lebih baik jikalau semua mengenali simptom serangan gemuruh ini. Bukan apa, sekiranya anda sendiri yang merasai simptom ini, anda boleh bersedia untuk mengatasinya sendiri.

Antara symptom yang paling ketara adalah sesak nafas. Anda akan berasa susah untuk bernafas dan sakit pada bahagian dada. Serangan gemuruh menyebabkan badan anda tidak boleh mnegawal fungsi tertentu.

Simptom lain yang kerap adalah berpeluh secara berlebihan. Terutama pada bahagian lengan dan tapak tangan. Anda juga tidak boleh bertutur dengan baik dan tergagap kerana tidak boleh berfikir dengan betul.

Ada juga yang mengalami ketidakselesaan pada bahagian perut dan merasa ingin membuang air besar. Yang merasa sensasi sakit pada bahagian perut abdomen juga antara simptom serangan gemuruh ini.

Antara simptom-simptom serangan gemuruh. (Sumber gambar: Anxietycentre.com)

serangan gemuruh boleh terjadi berulang kali, namun bukanlah pada sepanjang masa. Ia akan terjadi pada masa tertentu atau terjadi perkara yang boleh menyebabkan serangan gemuruh itu berlaku.

Macam Mana nak Atasi Serangan Gemuruh dan Panik Ni?

Sekiranya anda pernah mengalami serangan gemuruh, lebih elok sekiranya anda pergi berjumpa dengan pakar psikatri di hospital. Pakar akan memberikan beberapa ubat antikemurungan dan juga anti-anxiety.

Rawatan tanpa ubat adalah lebih digalakkan berbanding jika anda bergantung pada ubatan sendiri kerana ubatan yang diambil boleh mendatangkan kesan sampingan kepada badan.

Penting untuk kita tenangkan mangsa ketika serangan gemuruh. (Sumber gambar: Summit Behavioral Health)

Sekiranya anda terjumpa mangsa yang mengalami serangan panic, apa yang perlu dibuat adalah menjauhkan mangsa daripada kerumunan orang ramai. Bawa mangsa ke tempat yang tenang dan jauh daripada orang ramai.

BACA JUGA :   Rawatan Kecemasan #4: Panduan Merawat Tercekik Dengan Heimlich Maneuver

Sekiranya mangsa mempunyai ubat, berikan mangsa ubat yang ada padanya. Berikan mangsa sedikit air sejuk untuk menenangkan mangsa. Jangan terlalu memaksa mangsa, ia tidak akan membantu kerana mangsa tidak boleh membuat keputusan rasional.

Biarkan mangsa bertenang seketika. Jangan terlalu mengasak mangsa dengan soalan yang tidak perlu. Berikan mangsa secukupnya kepada mangsa.

Berikan mangsa air sejuk untuk membantunya bertenang. (Sumber gambar: Phoenix Rescue Mission)

Apabila mangsa sudah bertenang sedikit, arahkan mangsa untuk menggerakkan anggota badan seperti tangan dan kaki sedikit. Kalau mangsa sudah kembali bertenang, bolehlah arahkan untuk berdiri perlahan-lahan.

Cara terakhir sekiranya mangsa tidak pulih daripada gemuruh yang dialami adalah dengan membawa mangsa ke hospital yang terdekat secepat mungkin. Mungkin pernafasan mangsa yang masih tidak stabil.

Kebiasaannya, mangsa serangan gemuruh akan pulih dengan sendirinya jika dibiarkan ia untuk bertenang dengan sendiri. Sekiranya mangsa serangan gemuruh ini dibantu dengan betul, mangsa akan lebih cepat pulih dan kembali normal.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here