Baru-baru ni, kecoh sebuah kes saman di Amerika Syarikat apabila firma kosmetik Johnson & Johnson telah kalah dalam sebuah pendakwaan saman yang melibatkan produk ikonik mereka, bedak bayi Johnson & Johnson (J&J).

Pihak pendakwa yang terdiri daripada 22 orang wanita yang mendakwa produk J&J itu mengandungi bahan berbahaya, asbestos dan telah menyebabkan 9 orang daripada mereka telah diserang penyakit kanser ovari selepas menggunakan produk tersebut.

bedak
Akibat produk yang didakwa mengandungi asbestos, Johnson & Johnson telah kalah saman kepada sekumpulan wanita. (Sumber gambar: Berita Harian)

Kes yang berlangsung sejak daripada tahun 2016 itu menyaksikan J&J telah kalah dn diarahkan oleh mahkamah Missouri untuk membayar pampasan sebanyak AS$4.69 bilion (RM18.98 bilion) kepada wanita terbabit.

Tapi, benarkah dakwaan mereka mengenai produk itu? Bedak talkum yang biasa boleh menyebabkan penyakit berbahaya hingga boleh  mengkibatkan kematian.

Menurut J&J, setiap produk yang dikeluarkan oleh mereka telah melalui satu proses pemeriksaan yang ketat bagi memastikan produk mereka memenuhi standard oleh FDA. Penggunaan asbestos dalam produk mereka juga telah dihentikan bermula tahun 1970-an.

Pihak Johnson & Johnson mendakwa produk talkum mereka tidak mengandungi sebarang bahan asbestos. (Sumber gambar: Berita Harian)

Lantaran kes ini, maka kecohlah seketika seluruh Malaysia apabila produk yang menjadi pendamping mereka telah dicemari dengan kontroversi sebegini hingga mereka takut untuk menggunakan produk ini.

BACA JUGA :   Khasiat Super Minyak Tea Tree Untuk Kecantikan Wajah!

Sebenarnya, masih tiada sepakat dalam kalangan sainstis mengenai hal ini. Memang ada kajian yang dibuat dengan mengaitkan penggunaan bedak talkum dengan jangkitan kanser, namun masih ada faktor lain yang menjadi pemangkin kepada jangkitan ini.

Apa kata Kementerian Kesihatan?

Produk Johnson & Johnson termasuklah beldak talkum disahkan selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. (Sumber gambar: Berita Harian)

Pada tahun 2016, Menteri Kesihatan telah mengumumkan bahawa bedak talkum J&J ini telah selamat kerana telah mematuhi semua keperluan yang ditetapkan dalam Guidelines for Control of Cosmetics Products in Malaysia.

Talkum yang dikelaskan dalam gred kosmestik atau farmaseutikal ini adalah lebih tulen tanpa campuran daripada bahan asing lain seperti asbestos. Setiap produk kosmestik yang ingin dipasarkan di Malaysia harus melalui prosedur yang ketat dan terkawal.

Betulkah kalau pakai bedak J&J ni boleh kena kanser, atau sebenarnya…

Dr. Rusyainie Ramli dalam kenyataannya berhubung kes ini.

Menurut pengamal perubatan, Dr. Rusyainie Ramli. Kesemua mangsa yang mendakwa diri mereka dianaiyai oleh J&J itu sebenarnya telah mengamalkan penjagaan wanita yang salah hingga menyebabkan mereka diserang kanser.

Dakwa beliau, mangsa-mangsa yang terlibat telah menggunakan bedak talkum ini di bahagian kemaluan mereka. Mereka menabur produk tersebut pada seluar dalam, celah peha, pada pad dan tampon. Amalan ini diteruskan selama berpuluh-puluh tahun.

BACA JUGA :   7 Ubat Penyakit Darah Tinggi Ditarik Balik KKM

Menurutnya lagi, wanita sepatutnya menekankan penjagaan bahagian sulit mereka. Sebarang produk tidak sepatutnya digunakan pada bahagian sensitif tersebut. Ini boleh menyebabkan pelbagai komplikasi pada masa depan.

Jadi, buat semua wanita di luar sana. Ambil perhatian kepada nasihat pengamal perubatan ini. Zaman sekarang, semua makumat boleh diakses dengan senang. Jadilah pengguna yang bijak.

 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here