Sejak penghujung Jun lepas, telah tular suatu trend iaitu perbuatan menari sejurus keluar daripada kereta dan masuk kembali semasa kereta itu sedang bergerak! Tak berbahaya ke macam tu?
Trend ini bermula apabila penyanyi hip hop Amerika Syarikat, Drake melancarkan album terbaharunya, Scorpion. Dalam salah sebuah lagu iaitu “In My Feelings”, pendengar akan keluar daripada kereta dan menari mengikut rentak.
Seorang pelawak Amerika Syarikat, Shiggy yang mengacarakan rancangan The Shiggy Show telah memuat naik sebuah video yang menampilkan dia menari dengan lagi In My Feelings sebagai muzik latar.
KEKE DO YOU LOVE ME ? ??????#Mood @Drake pic.twitter.com/KdVU0KxwSv
— TheShiggyShow (@theshiggster) June 30, 2018
Asalnya, tarian ini dilakukan dengan keluar daripada kereta dan menari mengikut muzik latar dan kemudian masuk ke dalam kereta semula. Trend ini mula diikuti oleh orang ramai dengan tanda pagar #Kekechallenge, #DoTheShiggy, dan #InMyFeelings.
Tambahan lagi, ketika tarian ini dibuat, kereta akan bergerak perlahan dan kemudian pelaku akan masuk kembali ke dalam kereta sambil kereta itu bergerak.
Artis Tempatan Pun Mula Terjebak
Artis tempatan juga tidak ketinggalan mengikuti trend dengan memuat naik video #Kekechallenge di medi sosial masing-masing. Sekiranya artis tempatan pun sudah memulakan trend ini, semestinya ia akan menjadi ikutan orang ramai.
Johan Sahut Cabaran Kiki Dance Challenge ?
Hebat jugak Johan ni menari Shiggy Dance sambil kereta dia bergerak sendiri. Fuhh memang ikut step betul lah Johan punya dance ni kan? ??? Haha!.#inmyfeelingschallenge #KekeChallenge #shiggychallenge #JoharaPagiERA #Johara #Johan #Haniff #Ray
Posted by ERA (Malaysia) on Selasa, 17 Julai 2018
TETAPI…
Adakah trend ini suatu yang bermanfaat dan berfaedah?
Ada sebahagian orang yang menambahkan thrill kepada cabaran ini. Daripada menunggu kereta itu berhenti sepenuhnya, mereka keluar ketika kereta itu sedang bergerak. Ya, kereta yang sedang bergerak!
i almost died #Kekechallenge #KIKIDOYOULOVEME pic.twitter.com/ZkEExvN9ep
— Barbara Kopylova (@baabsxx) July 15, 2018
Sudah ada kecederaan yang berlaku akibat orag ramai melakukan trend ini di luar negara. Keluar daripada kereta yang sedang bergerak sudah cukup bahaya, kemudian masuk kembali ke dalam kereta yang sama menambahkan bahaya sedia ada.
Sekali pun nak buat cabaran ini, buat dengan betul-betul. Jangan sesekali keluar daripada kereta yang sedang bergerak kalau anda masih mahu hidup lama. Pastikan kereta bergerak dengan perlahan ketika hendak masuk kembali ke dalam kenderaan.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels