(Sumber gambar: Facebook Dr. Ali HAmsa)

Dalam manifesto Buku Harapan oleh kerajaan Pakatan Harapan, antara salah satu daripada manifesto yang sering diperkatakan adalah pemansuhan Biro Tatanegara (BTN). Walau bagaimana pun, kerajaan dilihat sekali lagi membuat pusingan U apabila bertindak sebaliknya.

Menurut Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, BTN merupakan antara 26 jabatan kerajaan yang dikekalkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan akan dirasionalisasi strukturnya. Ini menurut surat yang ditandangani oleh beliau pada 26 Jun lalu.

BTN
Biro Tatanegara (Sumber gambar: Wikipedia)

Keputusan ini dilihat bertentangan dengan menifesto asal yang menyatakan BTN akan dimansuhkan. BTN dilihat sebelum ini sebagai salah satu platform untuk menyebarkan propaganda kerajaan Barisan Nasional.

Keputusan berikut dibuat selepas perbincangan dibuat antara Tun Ali dan juga Tun Mahathir. Walau bagaimana pun, sama ada peranan asalnya masih akan dikekalkan atau ditukar akan dibincangkan kemudian.

BACA JUGA :   Netizen Selongkar Sijil Akademik Pemimpin PH
Biro Tatanegara menjadi pilihan untuk menjalankan sebarang program latihan jati diri. (Sumber: Youtube)

Pembubaran BTN sudah sudah digesa oleh NGO seperti Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) kerana eksploitasi BTN untuk tujuan politik. Parti politik DAP turut menyatakan BTN ini sebagai satu alat untuk kerajaan Barisan Nasional supaya kekal bekruasa.

Selain BTN, beberapa badan lain turut akan menjalani proses rasionalisasi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Keselamatan Negara merupakan antara 26 jabatan kerajaan yang akan menjalani proses rasionalisasi.

 

(Sumber gambar: Mstar)

Langkah ini dilihat seperti tidak mematuhi manifesto yang telah dibuat sebelum ini oleh pihak kerajaan Pakatan Harapan. Gesaan untuk menyemak semula keputusan itu turut disuarakan bagi mengelakkan rakyat hilang keyakinan terhadap pimpinan kerajaan baharu oleh Tun Mahathir.

BACA JUGA :   Jalankan Tugas Seperti Biasa Buat Penjawat Awam

Seorang peguam, Syahredzan Johan menerusi Twitternya menggesa kerajaan untuk menilai kembali keputusan kerajaan itu berikutan ia bertentangan dengan Janji 28 manifesto Harapan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here