Beberapa buah negeri di Malaysia telah menguatkuasakan peraturan bahawa penduduk perlu membayar 20 sen untuk setiap beg plastik sekiranya membeli barang di mana-mana kedai dalam negeri berkenaan. Antara negeri yang telah melaksanakan kempen ini termasuklah Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Melaka.
Di Selangor misalnya, bermula dari 1 Januari 2017, pelaksanaannya kini tidak lagi terhad pada hari Sabtu bahkan setiap hari sepanjang tahun.

Kutipan caj untuk setiap beg plastik difahamkan akan disalurkan kepada badan kebajikan atau program kepenggunaan serta pemuliharaan alam sekitar.
Namun demikian, usaha ini dianggap masih gagal untuk mengurangkan penggunaan beg plastik di negeri itu. Exco Selangor, Hee Loy Sian berkata, kerajaan negeri sedang mempertimbangkan semula cadangan untuk menaikkan lagi caj penggunaan beg plastik kepada pembeli di negeri tersebut.
Caj 20 sen untuk setiap beg plastik telah dilihat tidak memberi apa-apa kesan terhadap penduduk Selangor.
“Mereka merasakan bahawa caj 20sen adalah terlalu murah dan mereka sanggup membelanjakan beringgit-ringgit hanya untuk beg plastik ketika keluar membeli belah”. – Hee Loy Sian, www.freemalaysiatoday.com
Namun begitu, cadangan ini masih akan dipertimbangkan kerana kemungkinan besar pengguna masih memerlukan masa untuk memahami kepentingan mengurangkan penggunaan beg plastik dalam kehidupan seharian.
Hee juga berpendapat bahawa kerajaan negeri haruslah menjalankan program kesedaran di peringkat sekolah rendah lagi.
Kempen yang didedahkan kepada kanak-kanak tentang cinta terhadap alam sekitar haruslah diperbanyakkan agar mereka sedar bahawa penggunaan beg plastik adalah tidak baik untuk alam sekitar.
Hee yang juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam Selangor berkata usaha ini bukan sahaja perlu dilaksanakan di beberapa buah negeri, tetapi juga wajar dilaksanakan di setiap negeri seluruh Malaysia demi alam sekitar.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels