Perniagaan online semakin mendapat tempat dalam hati masyarakat masa kini, tidak kiralah peniaga mahupun pembeli. Ia bukan sahaja menjimatkan masa kedua-dua pihak, tetapi juga boleh dijalankan di mana-mana sahaja.
Promosi adalah sesuatu yang sangat penting dalam sesebuah perniagaan. Media sosial merupakan platform yang terbaik untuk mempromosikan sesuatu perniagaan. Terdapat beberapa kesalahan yang peniaga selalu lakukan semasa mempromosikan produk.
#1. Peniaga yang terlalu hardsell

Hardsell merupakan satu teknik atau cara yang agak agresif untuk jualan ataupun pengiklanan. Kebanyakan peniaga di luar sana terlalu menggunakan hardsell sehingga pelanggan mulai bosan dan meluat dengan produk yang dipromosikan.
Walau bagaimanapun, hardsell sememangnya diperlukan dalam promosi, namun berpada-padalah agar produk dan servis yang anda tawarkan sentiasa dapat menarik hati pengguna.
Selangi hardsell dengan softsell iaitu aktiviti promosi yang lebih halus, dekat dengan pelanggan, santai dan sebagainya. Hal ini akan membuatkan bakal pelanggan anda lebih selesa dan tertarik dengan produk jualan anda.
#2. Tidak update post secara konsisten

Ini merupakan salah kesalahan yang sering dilakukan oleh peniaga online. Antara kesilapan yang sering dilakukan adalah:
- Post sekali sahaja dalam sehari
- Post hari ini, kemudian minggu hadapan baru update post semula
- Post dibuat hanya ketika gaji
Sebagai peniaga, jangan sesekali malas untuk update post tentang produk dan servis yang anda tawarkan kerana sesetengah pelanggan akan tertarik dengan kesungguhan anda dalam mempromosikan produk.
#3. Kurang testimoni

Testimoni amat penting untuk mendapatkan kepercayaan daripada pelanggan-pelanggan anda. Sekiranya anda jarang sekali post tentang testimoni daripada pelanggan terdahulu, anda wajar untuk menghentikan sikap tersebut.
Banyakkan contoh testimoni yang boleh dipaparkan kepada pelanggan berkaitan keberkesanan produk anda, apa yang pelanggan suka tentang layanan anda dan banyak lagi.
Oleh itu, pastikan anda melakukan perubahan sekiranya ciri-ciri di atas terdapat dalam diri anda ketika berniaga. Ingat, sesebuah perniagaan akan berjaya sekiranya ia berjaya menarik ramai pelanggan.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels