“Allez Les Bleus!”

Sorakan ini telah berkumandang bukan saja di bumi Perancis, malah di seluruh dunia apabila pasukan Les Bleus berjaya merangkul buat kali kedua gelaran Piala Dunia edisi 2018 pada aksi final semalam.

Pertembungan final Piala Dunia 2018 menyaksikan pasukan Perancis menentang Croatia di Stadium Luzhniki. Perancis berjaya mengatasi Croatia dengan keputusan 4-2.

Pasukan Perancis meraikan kemenangan setelah berjaya menewaskan Croatia. (Sumber gambar: Berita Harian)

Perancis mendahului perlawanan apabila jaringan sendiri pemai  Croatia, Mario Mandzuki pada minit ke 18 sebelum Ivan Perisic menyamakan kedudukan pada minit ke 28.

Perancis dihadiahkan sepakan penalti pada minit 38 dan disudahkan oleh Antoine Griezmann.

Pemain Perancis sejurus mnwaskan pasukan Croatia (Sumber gambar: Toronto Star)

Babak kedua bersambung dengan aksi yang lebih getir apabila Paul Pogba menjaringkan gol ketiga dan gol keempat Perancis oleh Kylian Mbappé seolah-olah telah meranapkan impian Croatia untuk menjuarai Piala Dunia buat kali pertama.

Gol kedua Croatia Mario Mandzuki pada minit ke 69 cuba untuk memacu kembali rentak permainan Croatia untuk mengatasi kelebihan jaringan Perancis, namun usaha pasukan tersebut hanyalah sia-sia apabila wisel penamat ditiup oleh pengadil menamatkan aksi final tersebut.

BACA JUGA :   Kehebatan Privolzhsky Research Medical University dalam Bidang Perubatan

Kisah-kisah Lain

Kemenangan epic oleh Perancis ini turut diselitkan dengan kisah-kisah lain yang mewarnai perlawanan akhir ini.

Didies Deschamps dijulang oleh pemain Perancis setelah berjaya memenangi Piala Dunia 2018 (Sumber gambar: Berita Harian)

Kemenangan epik Perancis pada aksi final ini turut melakar sejarah peribadi kepada pengendali Perancis, Didier Deschamps. Beliau adalah antara orang yang berjaya menjulang Piala Dunia sebagai pemain dan pengendali.

Pengendali Perancis ini menjulang Piala Dunia sebagai pemain bagi pasukan Perancis pada tahun 1998 yang turut diadakan di Perancis. 20 tahun kemudian, dia kembali menjulang piala kejohanan berprestij itu sebagai pengendali pasukan Perancis. Epik!

Merusuh Raikan Kemenangan

Selain itu, kemenangan oleh pasukan Perancis walau bagaimana pun disambut dengan rusuhan oleh peminat yang terlalu ghairah meraikan kemenangan ini.

Pihak polis tempatan cuba meredakan rusuhan yang berlaku selepas Perancis berjaya memenangi Piala Dunia 2018 di Paris, (Sumber gambar: Berit Harian)

Kejadian di Paris dan Lyon itu menyaksikan ada yang merosakkan harta benda awal dan berlaku insiden membaling batu oleh penyokong. Kejadian disuraikan oleh ppihak polis tempatan.

Luka Modric Wira Croatia

Luka Modric dan Kylian Mbappé bersama trofi nugerah masing-masing. (Sumber gambar: Berita Harian)

Meski pun Perancis telah menjulang Piala Dunia buat kali kedua, namun Croatia tetap mencipta kemenangan sendiri apabila kapten pasukan itu, Luka Modric dinobatkan dengan anugerah Bola Emas sebagai pemain terbaik Piala Dunia edisi ini.

BACA JUGA :   Hariss Harun Teruja Untuk Beraksi Kembali Bersama JDT

Pemain muda Perancis yang menjaringkan jaringan kemenangan Perancis, Kylian Mbappé turut diberi anugerah Pemain Muda Terbaik. Kapten England, Harry Kane pula dihadiahkan anugerah Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak Piala Dunia 2018.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here