Adakah anda merupakan seorang kaki travel yang cintakan budaya dan kesan sejarah yang ada pada sesebuah negara? Ini adalah beberapa lokasi menarik yang anda boleh lawati di Warsaw, Poland.
Royal Castle
Bagi mereka yang tak tahu, Poland sebelum ini diperintah melalui sistem monarki yang lebih dikenali sebagai sistem diraja. Istana ini telah dibina semula selepas Perang Dunia Ke-2 telah memusnahkan hampir sebahagian besar kawasan istana dan direplika semula.
Pengunjung boleh melihat sendiri beberapa bilik yang telah disediakan oleh pihak muzum istana. Lawatan ke istana dimulakan dengan bilik milik pemerintah (raja). Deria penglihatan anda tentunya akan tertumpu pada bahagian dinding istana yang dihiasi dengan hiasan yang kelihatan cukup mewah.
Antara yang menjadi tarikan besar pengunjung ialah:
- Throne Room
- Houses of Parliament
- the Great Assembly Hall
Royal Castle ini boleh dijumpai di ‘nadi’ daerah Warsaw yang terletak di bahagian selatan Old Town. Kenderaan? Jangan risau. Anda boleh datang ke sini dengan menaiki bas awam dan juga tram.
Old Town Square
Sepetang di Old Town Square pastinya mengasyikkan dengan latar belakang seni bina bangunan yang asal semenjak zaman Renaissance, Gothic, Baroque dan Neoklasikal. Hari ini, lokasi ini telah bernyawa semula dan diberi nafas baru dengan kehadiran kafe, rumah kedai, galeri dan pelbagai gerai jualan.
Anda juga boleh melihat sendiri pam air yang digunakan pada kurun ke-19 dan ‘burgher house’ yang mempunyai pelbagai warna terang yang pernah dihuni oleh masyarakat bourgeois of Warsaw.
Disekeliling dataran ini anda akan bertemu dengan puluhan kedai barangan cenderamata dan kedai butik bagi anda memilih sendiri barangan yang oleh mengingatkan anda kepada Poland.
Palac Lazienkowski
Palac Lazienkowski merupakan kawasan yang terletak di pulau buatan manusia yang terdahulunya sebuah rumah mandi yang kemudiannya bertukar wajah kepada istana di penghujung tahun 1700.
Istana ini merupakan contoh terbaik senibina Polish Baroque pada ketka itu. Bagi meninjau kawasan dlaman istana, anda boleh melawati muzium Palac Lazienkowski. Antara ruang yang anda akan lihat iaah:
- Galeri lukisan (Oleh pelukis tersohor, Rembrandt)
- Bilik resepsi diraja
- Rumah mandi
- Perpustakaan
Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut, anda boleh mendapatkan pemadu pelancong yang mempunyai pengetahuan mendalam terhadap sejarah Palac Lazienkowski.
Lazienki Park
Penat? Letih? Di Lazienki Park, anda boleh duduk bersantai sambil menikmati pemandangan indah yang boleh menawarkan rasa tenang dan relaks. Jika anda berkunjung ketika musim bunga, anda adalah orang yang cukup bertuah!
Anda akan disajikan dengan pemandangan bunga tulip yang berwarna warni dan pelbagai haiwan seperti tupai, itik dan rusa. Anda juga boleh berkelah di kawasan berumput sekitar taman ini.
Anda tertarik dengan lokasi-lokasi yang dipaparkan dan berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Poland? Layari lawan web Daulah Educonsult Sdn Bhd untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Jumpa anda di Poland!