Bayangkan, anda sedang melancong; tidak kira sama ada bersendirian atau pun bersama keluarga, tiba-tiba kegembiraan anda itu tergugat kerana tiba-tiba ada kemalangan yng menimpa.
Apa sahaja boleh berlaku; kemalangan melibatkan kenderaan, kecurian, kecelakaan semasa melakukan aktiviti berbahaya, dan bermacam lagi kemungkinan yang and sendiri tidak boleh jangkakan.
Jadi untuk bersiap dengan segala kemungkinan ini, antara langkah yang boleh diambil adalah dengan membeli insurans perjalanan atau ‘travel insurance’
Insurans ini sama seperti insurans konvensional tetapi berbentuk perlindungan one-off yang merangkumi jumlah hari kita melancong atau mengembara.
Kalau anda sudah mempunyai insurans, anda juga boleh menyemak kembali polisi isnurans anda sama ada ditawarkan sekali atau tidak perlindungan semasa melancong di dalam dan luar negara.
Insurans perjalanan yang dibeli boleh merangkumi perlindungan terhadap beberapa perkara mengikut apa yang ditawarkan dalam oelan yang dibeli seperti:
- Kemalangan diri
- Belanja perubatan dan yang berkaitan
- Kehilangan deposit perjalanan dan pemendekkan perjalanan
- Kehilangan bagasi, barang-barang kepunyaan peribadi dan wang
- Kehilangan pasport
- Liabiliti diri
- Kelewatan bagasi
- Kelewatan perjalanan
- Rampasan kenderaan perjalanan
- Penghantaran pulang jenazah
(Sumber: Adib Yazid)
Antara kejadian yang boleh kita ambil iktibar adalah apa yang telah terjadi kepada bintang pemandu F1, Michael Schumacher yang mengalami kemalangan semasa bermain ski pada tahun 2013.
Akibat kejadian itu, isterinya terpaksa bergolok gadai untuk membayar kos perubatan yang ditanggung akibat daripada kecederaan yang dialami oleh Schumacher. Schumacher bukanlah calang-calang orang, jadi bukan satu masalah untuk dia membayar kos perubatannya.
Seandainya apa-apa terjadi semasa kita sedang mengembara atau melancong tanpa sebarang perlindungan yang sepatutnya, sangat sukar bagi kita untuk mengatasi masalah kos yang terlibat.
Kebiasaannya, polisi bagi insurans Perjalanan ini telah ditetapkan oleh pihak penyedia perkhidmatan. Ada juga yang boleh diubah mengikut kesesuaian dan kehendak pelanggan. Tetapi, ada 6 perkara yang anda harus tekankan semasa memilih polisi yang sesuai:
- Pihak insurans mempunyai rangkaian yang bagus dengan rakan gabungan luar negara. Ini bagi melancarkan proses tuntutan keran cawangan yang ada di tempat lain.
- Polisi insurans merangkumi bantuan kecemasan antarabangsa 24 jam yang termasuk rawatan perubatan.
- Polisi insurans turut merangkumi pakej rawatan lanjutan selepas pulang ke tanah air sekiranya perlu.
- Kehilangan bagasi dan dokumen peribadi semasa berada di luar negara.
- Kelewatan bagasi dan penangguhan penerbangan oleh syarikat penerbangan.
- Sebarag tuntutan lain seperti anda tidak sengaja merosakkan harta awam atau harta peribadi.
(Sumber: Kaki Melancong)
Segala maklumat mengenai polisi yang ditawarkan haruslah dirujuk kepada syarikat penyedia perkhidmatan insurans supaya anda boleh tahu apakah yang dillindungi sepanjang anda berada di luar negara.
Oleh itu, jangan diremehkan insurans perjalanan ini. Bak kata orang, malang tak berbau. Apa sahaja boleh berlaku di luar pengetahuan kita. Moleklah kita bersedia untuk apa sahaja kemungkinan dan insurans perjalanan ini merupakan antara salah satu persediaan.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels