Setuju atau tidak, jika dikatakan Mr DIY merupakan antara kedai yang menjadi pilihan ramai pada masa kini?

Selain menawarkan harga barangan yang murah dan berpatutan, ia juga merupakan rangkaian kedai yang terus positif mencipta nama sehingga dijangka akan menambah sebanyak 135 cawangan lagi di seluruh Malaysia untuk menjadikan jumlah rangkaian kepada 500 cawangan.

Mr DIY

Kedai barangan perkakasan rumah yang berpangkalan di Malaysia ini memiliki lebih daripada 550 cawangan di seluruh Asia Pasifik yang melibatkan Malaysia, Thailand, Brunei dan Indonesia.

Ketua Pemasaran Mr DIY, Andy Chin, mengatakan bahawa tujuan utama mereka membuka lebih banyak cawangan di sekitar Malaysia adalah untuk mengukuhkan lagi kedudukan syarikat tersebut di pasaran negara sekaligus mengikat pengguna dengan penjualan barang yang mempunyai harga yang mampu milik.

Beliau juga ada mengatakan bahawa syarikat tersebut sedang merancang untuk memperluaskan pasaran di dua negara lain,  seperti Singapura dan juga Filipina.

Mr DIY
Ketua Pemasaran dan e-dagang Mr. D.I.Y, Andy Chin berucap pada majlis pelancaran portal mrdiy.com.my. Sumber: UTUSAN ONLINE

Baru-baru ini, Mr DIY juga melancarkan platform e-dagang, mrdiy.com.my bagi memudahkan orang ramai membuat pembelian secara atas talian yang mana ia dikatakan lebih menjimatkan masa dan tenaga para pembeli.

Mr DIY

Apa yang lebih menarik, platform tersebut juga menawarkan empat keistimewaan yang dijangka akan menarik minat pengguna seperti:

  1. Penghantaran percuma – penghantaran percuma ke rumah di Semenanjung Malaysia bagi barangan di bawah 5 kilogram
  2. Collect@MR.D.I.Y – pengambilan terus barang belian di 25 kedai Mr. DIY terpilih di Lembah Klang, setelah membuat pesanan di atas talian
  3. MR D.I.Y Express – dikenakan bayaran sekiranya pengguna ingin barang beliannya sampai dalam masa yang cepat iaitu kurang daripada 24 jam
  4. Jaminan MR D.I.Y – pemulangan semula wang dan barang

Mr DIY

Mr DIY menyediakan lebih daripada 20,000 jenis produk dengan pelbagai kategori, merupakan antara kedai barangan yang dijangka akan menjadi satu perniagaan yang kukuh dan mempunyai pasaran yang meluas di seluruh Asia Pasifik pada akhir tahun ini.

Mr DIY

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here