Golongan ‘Mak Nyah’ kini tidak lagi dipinggirkan. Sebaliknya, mereka diberikan peluang untuk pulang ke pangkal jalan dengan adanya Program Mukhayyam.
JAKIM dengan ini telah mengambil langkah proaktif untuk memastikan golongan ini kembali ke pangkal jalan dengan menngeluarkan modul bimbingan sebagai satu usaha memulihkan kualiti hidup golongan LGBT dengan menjadikan syariat Islam sebagai asas kehidupan.
“Oleh kerana itu, JAKIM sejak 2011 telah memperkenalkan modul bimbingan, sokongan dan pemulihan yang menumpukan usaha memulihkan golongan ini, selain mendedahkan mereka pada program keagamaan dan rekreasi.
“Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan mereka ini bukan sepenuhnya ‘jahat’ dan mahu jadi LGBT sangat, tapi disebabkan mudah terpengaruh dengan rakan-rakan, selain elemen negatif disebar media sosial, mereka terikut-ikut akhirnya.
Golongan LGBT juga manusia biasa seperti kita dimana jika diberikan pendekatan yang khusus dan sewajarnya, mereka mampu berubah kearah kebaikan.
Dalam kes ini, apa yang menjadi duri dalam daging bagi proses pemulihan adalah kerana terdapatnya NGO yang kononnya melindungi hak asasi mausia dan secara terang-terangan mendukung golongan LGBT ini dengan menggunakan undang-undang sebagai pendinding mereka.
Jangan terkejut jika dalam kalangan golongan LGBT ini ada diantara mereka yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang agama dan lebih lancar apabila berbicara soal bacaan Al-Quran dan pengertiannya.
Program Mukhayyam ini berlangsung selama tiga hari dua malam dan berbentuk perkhemahan bagi menjernihkan kembali fizikaliti dan rohani peseta.
Perkhemahan ini memberi peluang bagi peserta uutk merenung kembali dosa lampau yang telah mereka lakukan dan pada masa yang sama diberi ruang untuk melepaskan tekanan dengan melakukan aktiviti lasak.
Pokoknya, ‘akar’ kepada tunjang aktiviti ini adalah sesi penghayatan Islam dan pembinaan jati diri dalam individu yang terlibat. Lebih mengharukan apabila peserta sendiri yang rela hati menghadiri program ini dan mendapat info melalui kenalan dan laman sosial
Untuk berubah bukan suatu perkara yang mudah namun sekiranya betul jalan yang dipilih, semuanya bakal dipermudahkan juga.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels