Barangan Kemas

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib ditangkap hari ini selepas lebih lima minggu siasatan terhadap beliau dan isterinya digiatkan melalui Pasukan Petugas Khas 1MDB.

Beliau ditahan di kediamannya di Jalan Duta, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 3 petang tadi oleh sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Najib Ditangkap S
Bekas Perdana Menteri, Najib Razak

Menurut makluman, Najib ditangkap atas tujuan pendakwaan yang dilaporkan akan berlangsung pada keesokan harinya (4 Julai 2018) di Mahkamah Kuala Lumpur.

Tidak lain tidak bukan, pendakwaan Najib ini adalah berkaitan penyelewengan wang dana 1MDB yang masuk ke dalam akaun peribadi beliau berjumlah RM2.6 billion. Dakwaan juga melibatkan SRC International yang ada hubung kait dengan 1MDB.

BACA JUGA :   Kes Macau Scam - 4 Cawangan Bubblebee Ditutup

Najib Ditangkap

Penahanan itu dibuat selepas beberapa saksi penting termasuk isterinya Rosmah Mansor, anak tirinya Riza Aziz dan bekas timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi disiasat oleh SPRM.

Presiden UMNO yang baru dilantik, Zahid Hamidi diminta memberi keterangan kepada SPRM beberapa hari sebelum Najib ditangkap.

Najib dan Rosmah juga dipanggil untuk memberi keterangan di ibu pejabat SPRM sebelum ini.

Penangkapan Najib ini sememangnya sudah dijangka oleh ramai pihak. Tambahan pula, baru-baru ini gempar apabila PDRM menganggarkan nilai wang tunai dan barangan kemas yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan Najib Razak adalah bernilai RM1.1 billion

Beliau dan isterinya juga disekat daripada meninggalkan negara sejak kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir Mohamad mengambil alih pentadbiran menggantikan Barisan Nasional yang tewas dalam PRU-14 yang lalu.

BACA JUGA :   Kes SRC : Datuk Seri Najib Razak Diperintah Bela Diri
Najib ditangkap
Najib dan Rosmah Mansor tidak dibenarkan untuk meninggalkan Malaysia setelah kekalahan Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan.

Justeru, semoga keadilan dapat ditegakkan dan mereka yang terbukti bersalah akan diberikan hukuman yang setimpal.

Apa reaksi anda apabila mendengar berita bahawa Najib ditangkap ? Kongsikannya dalam ruangan komen di bawah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here