Sumber: http://ohbulan.com

Sejak tahun lalu, kanak-kanak perempuan dari Birmingham yang fasih bercakap dialek Kelantan, Fatimah Omar Mukhlis, melalui video yang hanya dibuat suka-suka telah mendapat perhatian daripada netizen. Video tersebut juga sering dibuat bersama abangnya, Omar Mukhtar.

Video Fatimah dengan penuh aksi comel telah tular dan kini seluruh keluarganya telah mula dikenali oleh hampir seluruh rakyat Malaysia.

Omar Mukhtar
Sumber: http://www.sinarharian.com.my

Beberapa hari yang lalu, banyak media sosial yang memaparkan tentang kejayaan Mukhtar masuk ke sekolah terbaik di dunia, King Edward’s School.

Menurut Mukhtar, sebenarnya dia sendiri telah lama menyimpan hasrat untuk bersekolah di King Edward’s sejak berumur 9 tahun lagi.

Omar Mukhtar
Sumber: http://ohbulan.com

Dengan prestasi akademik, kokurikulum yang cemerlang dan nilai tambah yang ada dalam diri Mukhtar , dia telah berjaya masuk ke sekolah tesebut dengan mendapat tajaan biasiswa sepenuhnya.

Omar Mukhtar seorang yang sangat rajin belajar dan gemar membuat kajian sendiri tentang perkara yang dia minati. Dengan umur yang sangat muda, dia juga aktif dalam dunia penulisan blog, dan hasilnya hampir 130 negara di dunia telah mengunjungi blog kanak-kanak tersebut.

Potensi dan nilai tambah yang terdapat dalam diri kanak-kanak ini membuatkannya dipandang sebagai seorang yang genius dan dihormati ramai kerana keperibadiannya yang sangat merendah hati.

Omar Mukhtar
Sumber: http://majalahpama.my

Ajaran dan didikan agama yang diberikan oleh ibu bapa kanak-kanak ini menjadikannya sebagai seorang yang bersyukur dan tidak pernah lupa untuk mengaitkan Allah dalam setiap kejayaan yang diperolehinya.

Omar Mukhtar

King Edwards School merupakan antara sekolah lelaki yang terbaik di dunia dan ditubuhkan lebih daripada 500 tahun yang lalu. Prestasi akademik yang cemerlang sekolah ini  menjadikannya antara sekolah –sekolah yang popular dan hebat dalam dunia sehingga membuatkan ramai budak lelaki ingin masuk ke dalam sekolah ini.

Menurut sumber yang sahih, ramai di antara penuntut sekolah ini telah melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di universiti terkemuka dunia, seperti Cambridge dan juga Oxford.

Sumber: www.thestar.com.my

Ramai pihak yang menyokong bahawa kejayaan Mukhtar ini amat wajar dicontohi oleh kanak-kanak Malaysia masa kini.

Mereka haruslah mencipta prestasi akademik dan kokurikulum yang cemerlang, seterusnya mencari nilai tambah dalam diri masing-masing sejak di peringkat sekolah rendah lagi.

Pegangan agama yang kuat sejak kecil juga menyebabkan seseorang sentiasa dipermudahkan urusan hidupnya dan berjaya dalam setiap apa yang dilakukan.

Perbezaan potensi dan kelebihan diri anak-anak negara kita dengan negara luar seharusnya sama-sama hebat kerana anak-anak seperti inilah yang bakal menjadi harapan bagi sesebuah negara pada masa hadapan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here