TAHNIAH! P. Waytha Moorthy Dilantik Sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

0
981
KUALA LUMPUR 17/07/2018. Senators, Waytha Moorthy A/L Ponnusamy swearing newly appointed senators in the Dewan Negara. MALAYMAIL/Azneal Ishak.

Semalam di Istana Negara, Senator P. Waytha Moorthy telah mengangkat sumpah taat setia serta surat simpan rahsia sebelum menjalankan tugas secara rasmi sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sumpah diangkat dihadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Singgahsana Kecil. Beliau yang merupakan Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) dan seterusnya menurunkan tandatangan pada dokumen rasmi pelantikan.

Senator

Proses menandatangani dokumen telah disaksikan oleh Ketua Hakim Negara yang baru, Tan Sri Richard Malanjum dan Tan Sri Dr. Ali Hamsa yang merangkap sebgai Ketua Setiausaha Negara.

Istiadat sumpah taat setia itu dihadiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri tercinta Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Senator

Pelantikan ini menyaksikan pihak kerajaan baru telah melakukan banyak rombakan terhadap kabinet yang terkini.

Dalam majlis yang sama menyaksikan Senator Marzuki Yahya yang merupakan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia( PPBM) dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.

Senator Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin yang merupakan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia cawangan Ketereh pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Senator

Seorang wakil dari parti DAP dan Parti Amanah turut mengangkat sumpah. Senator Liew Ching Tong yang merupakan pengerusi bagi DAP negeri Johor diangkat sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.

Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara Terengganu.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here