Golongan wanita merupakan golongan yang amat mementingkan penampilan diri, khususnya dari segi pakaian. Wanita muslimah masa kini semakin bijak dalam menjaga penampilan diri dan bergaya meskipun dalam apa jua keadaan.

Dalam menggayakan pakaian yang sopan dan menutup aurat, itu bukanlah faktor penghalang bagi anda untuk bercuti ataupun travel bersama orang tersayang.

Team Deenamik kali ini akan berkongsi beberapa tip menarik pemilihan pakaian muslimah semasa travel.

#1. Pemilihan fabrik dan warna pakaian yang sesuai

Jika anda ingin bercuti ke lokasi percutian yang beriklim panas dan lembab, anda disarankan untuk memilih baju atau blaus yang diperbuat daripada kapas kerana ia boleh membantu untuk menyerap peluh.

Elakkan daripada memakai pakaian berwarna hitam kerana ianya boleh menyerap haba dan membuatkan anda kurang selesa.

Sebaliknya, jika anda berkunjung ke negara beriklim sejuk, pastikan anda membawa sweater kerana ia dapat memberi kehangatan pada tubuh badan anda.

#2. Pemilihan seluar

Palazzo sangat selesa untuk digayakan ketika travel

Untuk seluar, anda digalakkan membawa seluar jenis potongan longgar untuk memudahkan pergerakan anda.

Sebagai contoh, bawa seluar palazzo kerana seluar jenis ini diperbuat daripada fabrik yang selesa. Anda juga boleh membawa seluar jeans kerana ia amat sesuai untuk dipadankan dengan apa jua jenis pakaian.

BACA JUGA :   6 Fakta Menarik Tentang Negara Poland

Jika aktiviti mencabar sudah ada dalam senarai aktiviti semasa percutian anda, jangan lupa untuk membawa seluar tracksuit ya.

#3. Dress labuh

Dress labuh sangat sesuai untuk dibawa ketika bercuti

Wanita muslimah digalakkan untuk membawa dress labuh semasa bercuti.

Dress labuh ini bukan sahaja dapat menjimatkan ruang di dalam beg anda, tetapi juga boleh dipadankan dengan apa jua keadaan.

Ia juga sesuai dikenakan semasa majlis makan malam di tepi pantai ataupun kolam renang kerana dapat menyerlahkan keanggunan seorang wanita.

#4. Kardigan

Kardigan merupakan pakaian yang digemari oleh kebanyakan wanita

Ketika bercuti, pastikan anda membawa sehelai dua kerdigan untuk menghangatkan tubuh anda ketika waktu malam.

Ia bukan sahaja boleh menggantikan sweater, tatapi juga mampu menutup aurat yang terdedah apabila digayakan dengan t-shirt lengan pendek.

#5. Tudung yang tidak mudah renyuk

Tudung tidak mudah renyuk sangat sesuai untuk dibawa semasa travel

Untuk pemilihan tudung pula, pastikan anda memilih tudung yang tidak mudah renyuk kerana anda sudah tidak perlu bersusah payah untuk menggosoknya ketika ingin keluar.

Selain itu, pastikan anda membawa tudung yang menyerap peluh agar anda sentiasa selesa menikmati percutian meskipun dalam cuaca yang panas.

#6. Kaca mata hitam

Kaca mata hitam wajib dibawa semasa bercuti

Apabila bercuti, kaca mata hitam merupkan salah satu aksesori wajib yang mesti anda bawa.

Ia bukan sahaja dapat menghalang cahaya yang kuat daripada memasuki mata tetapi juga dapat menyuntik sifat elegan dalam diri si pemakai.

BACA JUGA :   Ini Sebab Kenapa Anda Patut Simpan Sebuah Kit Pertolongan Cemas

#7. Pakaian renang muslimah

pakaian
Pakaian renang muslimah

Sekiranya anda sangat suka bermain dengan aktiviti yang melibatkan air, jangan lupa untuk siap-siap membawa pakaian renang.

Jangan pula nanti anda terpaksa membatalkan hasrat untuk menikmati kesejukan air laut ataupun kenikmatan kolam renang di sekitar penginapan anda sekiranya anda terlupa untuk membawa pakaian renang muslimah anda.

Oleh itu, sebagai wanita muslimah, jangan begitu runsing untuk memilih pakaian semasa hendak bercuti ataupun travel kerana tip-tip di atas dapat membantu anda memilih pakaian yang sesuai ketika bercuti. Semoga bermanfaat!

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here