Semalam bekas Perdana Menteri Malaysia, DS Mohd Najib Tun Razak telah didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas 3 pendakwaan pertuduhan pecah amanah dan 1 pertuduhan salah guna kuasa.

Pasukan pendakwaan ang diketuai oleh Peguam Negara, Tommy Thomas beserta 11 lagi yang lain mengemukakan dakwaan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dana kerajaan.

Pendakwaan
Sidang Media Peguam Negara Selepas Pendakwaan Najib (Sumber gambar: Berita Harian)

DS Najib pula diwakili oleh 7 orang peguam bela diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memulakan pembelaan terhadap Najib atas pertuduhan yang telah dibuat,

DS Mengaku tidak bersalah di hadapan hakin Mahkamah Jenayah Tinggi, Datuk Mohd Sufian Abd Razak di atas segala pertuduhan yang telah dibacakan terhadapnya sebelum mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM 1 juta dengan dua orang penjamin.

BACA JUGA :   Najib Diminta Hadir Ke SPRM Pagi Ini, Untuk Beri Keterangan

Sebahagian bayaran jaminan tersebut telah dibuat oleh dua orang anak Najib, Mohd Norashman dan Nooryana Najwa. Pada asalnya, wang jaminan ditetapnya sebanyak RM 4 juta tetapi dikurangkan sebanyak RM 1 juta.

Peguam bela DS Najib Razak mengeluarkan kenyataan selepas proses pendakwaan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur (Sumber gambar: Kosmo Online)

Peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee berjaya mendapatkan perintah menghalang media daripada membuat sebarang laporan dan spekulasi yang salah berhubung perbicaraan kes ini yang berkuat kuasa hingga 8 Ogos ini kerana sebarang laporan palsu yang dibuat boleh mempengaruhi perjalanan kes ini.

(Sumber gambar: Berita Harian Online)

Walau bagaimana pun, Tommy Thomas akan membantah keputusan perintah halangan itu kerana berpendapat ia bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang diamalkan di Malaysia.

Mahkamah telah menetapkan 8 Ogos ini sebagai tarikh untuk pengurusan kes. Tarikh mule perbicaraan bagi kes ini bermula 18 Februari tahun hadapan.

BACA JUGA :   Isu Batal IMAMS : Ini Respon Mengejut Para Menteri
DS Najib Razak bersama pihak media selepas proses pendakwaannya semalam (Sumber gambar: Utusan Borneo)

DS Najib meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 3:30 petang selepas mengadakan sidang media.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here