Produk Apple, tidak kira apa jenis; iPhone, iMac, atau iPod, terkenal dengan kualiti yang setanding dengan harga yang ditawarkan. Tetapi, pernah anda terfikir. Apakah makna ‘i’ pada iPhone, iMac, iPod, dan lain-lain produk Apple?

Untuk mengetahui makna ‘i’ tersebut, kita perlu imbas kembali pada tahun 1998 ketika pelancaran komputer peribadi pertama keluaran Apple, iMac. Menurut pengasas Apple sendiri, Mendiang Steve Jobs mengatakan bahawa ‘i’ itu merujuk kepada internet.

Apple
Komputer peribadi iMac (Sumber: theverge.com)

iMac menjadi peranti yang berfungsi secara sendiri tanpa sokongan mana-mana peranti lain.

Komputer peribadi iMac asalnya digunakan untuk melayari internet, satu-satunya fungsi yang menjadi sebab utama pelanggan membeli iMac. Komputer peribadi itu dilancarkan ketika sektor internet baru saja hendak rancak.

Walaupun terdapat fungsi lain yang boleh digunakan, tetapi pelanggan masih membeli iMac untuk tujuan yang paling utama iaitu melayari internet; dengan pantas dan efisien. Itulah yang menjadi fokus utama.

BACA JUGA :   Apple Bakal Lancarkan iPhone Xs & iPhone Xs Plus Hujung Tahun Ini ?
Apple
Mendiang Steve Jobs, pengasas dan bekas CEO Apple Icorporation (Sumber: time.com)

Walau bagaimana pun, huruf ‘i’ turut mempunyai makna yang berlainan. Pada sesi pembentangan yang sama, mendiang Steve Jobs memaparkan slaid yang bertulis “internet, individual, instruct, inform, inspire” atau pun internet, individu, mengajar, memberitahu, dan mengilhamkan.

‘I’ turut mempunyai makna yang lain, iaitu memberi maksud produk ini boleh berfungsi secara sendiri tanpa sokongan daripada mana-mana produk lain kerana ‘i’ yang bermakna 1 dalam angka roman yang merujuk kepada fungsi tunggal iMac ini.

Apple mensasarkan jualan iMac untuk tujuan pendidikan dan produk ini merupakan yang terbaik untuk tujuan tersebut.

Apple
Paparan iTools (Sumber: itoolsx.com)

Apple Incorporation akhirnya menggunakan huruf ‘i’ untuk hampir kesemua produknya seperti perisian iTools dan peranti iPod (walau pun asal usul iPod masih tidak diketahui).

BACA JUGA :   VIRAL! “USB Otak Ikan” Ciptaan Pelajar Jepun Ni Sebenarnya Adalah…
Apple
Telefon iPhone(Sumber: imore.com)

Huruf ‘i’ turut digunakan dalam peranti iPhone yang seterusnya menjadi produk Apple yang paling berjaya dalam sejarah teknologi peranti mudah alih.

Sumber: Business Insider

 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here