Di sebalik kelantangan pembangkang (Barisan Nasional) menuntut agar kerajaan Pakatan Harapan menunaikan janji manifesto, namun mereka juga bersetuju sekiranya PH memungkiri 2 daripada kesemua janji tersebut.

Dua janji berkenaan adalah pemansuhan GST dan penangguhan bayaran semula hutang PTPTN bagi peminjam bergaji bawah RM4,000.

Natijahnya, kedua-dua janji itu perlu dimungkiri kerana ianya akan mendatangkan kesan yang buruk kepada ekonomi negara.

janji
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

Perkara itu diutarakan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ketika sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang Di-pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat.

“Janji adalah untuk dimungkiri (Promises are meant to be broken). Mungkiri janji anda berkenaan GST,” kata KJ.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mendakwa kadar GST yang disifarkan sejak 1 Jun lalu gagal menurunkan harga barang. Beliau juga mempersoalkan kenyataan Menteri Kewangan yang mengatakan GST lebih telus dan efisien namun tidak merendahkan kadarnya serta menambah barang yang dikecualikan cukai.

BACA JUGA :   PERKHIDMATAN DOBI ANTARA YANG AKAN DIKENAKAN SST
janji
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin

“Ini langkah ke belakang, tiada negara akan menggantikan GST dengan SST,” tambahnya lagi.

Berhubung penangguhan bayaran PTPTN pula, Khairy berkata ia hanya menambahkan beban hutang yang terpaksa ditanggung kerajaan. Ini sekali gus memaksa PTPTN untuk meminjam daripada institusi kewangan jika tidak boleh mengutip hutang.

Buat masa sekarang, PTPTN telah memutuskan untuk mengecualikan bayaran balik kepada peminjam selagi mereka belum mempunyai pendapatan RM4,000 keatas. Peminjam juga tidak lagi disenarai hitam ataupun dilarang ke luar negara sekiranya belum menjelaskan hutang PTPTN.

janji
Isu GST dan PTPTN menjadi perbahasan hangat di Dewan Rakyat.

Pada masa yang sama, Khairy menasihatkan kerajaan agar membuat keputusan yang rasional dan tidak membuta tuli menunaikan manifesto sehingga menggadaikan ekonomi negara.

BACA JUGA :   Harga Kereta Proton Akan Jadi Lebih Mahal Dengan SST

Bagaimana pula pendapat anda, adakah anda bersetuju sekiranya dua janji manifesto itu dimungkiri ? Kongsikan pandangan anda dalam ruangan komen di bawah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here