Walaupun menjadi tuan rumah, tak bermakna laluan bagi Rusia untuk menjadi juara di gelanggang sendiri adalah mudah. Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tegah hari begitulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi Rusia buat masa ini.
Padang Sochi menjadi saksi Croatia menunjukkan taring dengan menguasai permainan selama sepuluh minit dan mencipta satu demi satu peluang untuk terus mara ke hadapan.
Pada awal minit ke-31, Rusia pada awalnya menguasai padang dengan aksi cemerlang daripada Denis Cheryshev yang bergandingan dengan Artem Dzyba sebelum bertukar tangan dengan Croatia.
Kedudukan berjaya disamakan pada lapan minit kemudian dengan hasil tandukan Andrej Kramaric yang menyempurnakan hantaran dari Mario Mandzukic. Sesi serang balas berlangsung dengan pasukan Rusia yang memilih untuk melakukan strategi bertahan.
Croatia akhirnya mendapat habuan setelah tendangan dari Ivan Perisic tersasar ke tiang gol pada minit ke-60. Kegagalan Aleksandr Yerokhin menanduk bola hantaran dari Mario Fernandes ke gol Croatia memperlihatkan kelemahan Rusia yang jarang melakukan serangan di kawasan Croatia.
Malang menimpa penjaga gol Croatia, Danijel Subasic yang cedera pada minit akhir perlawanan menyebabkan rasa cemas dalam kalangan penonton namun keadaan menjadi reda setelah Subasic diberikan rawatan.
Dalam keadaan baru dirawat Subasic menjadi hero setelah berjaya menepis rembatan dari Fedor Smolov ketika waktu kecederaan. Kedudukan terikat sama 1-1 sehingga akhir waktu permainan dan kedua-dua pasukan melangkah ke fasa masa tambahan.
Pada minit ke-101, Domagoj Vida membawa Croatia di saat kegemilangan dengan melakukan tandukan cemerlang melalui sepakan sudut dari Luka Modric. Rusia yang berada di saat genting terus mengasak pihak lawan bagi menyamakan kedudukan.
Namun peluang Rusia menjadi semakin tipis setelah minit ke-13 menyaksikan kecekapan Subasic menyelamatkan rembatan dari Daler Kuzyaev.
Dua minit kmudian, kedua-dua pasukan sekali lagi terikat sama selepas Josip Pivaric melakukan kesilapan yang menyebabkan Croatia memperoleh sepakan percuma. Tandukan daripada Fernandes menyebabkan kedudukan kekal sehingga tamat masa tambahan yang akhirnya menyebabkan sepakkan penalti menjadi penentu kelayakan antara Croatia dan Rusia.
Subasic terus mempamerkan aksi ganas apabila berjaya menyelamatkan tendangan dari Smolov begitu juga Akifeev yang tidak kurang dahsyatna mempertahankan gawang Rusia dari sepakan Mateo Kovacic.
Sepakan penalti Fernandes tersasar sebelum Tendangan daripada Modric berjaya dihidu oleh Arkinfeev, sayang sekali tampanannya tidak mampu menghentikan kelajuan bola dari pihak lawan.
Kemenangan menjadi milik pihak Croatia apabila Ivan Rakitic menghadiahkan jaringan gol terakhir untuk terus mara ke peringkat separuh akhir dengan skor 4-3.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels