Antara perkara yang bakal menjadi bahan debat utama pada sidang dewan rakyat ialah isu samada projek kereta nasional bakal diteruskan atau diberhentikan gara-gara sesetengah pihak yang kebanyakannya terdiri daripada sektor automobil menentang cadangan tersebut.
Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong bakal mengajukan beberapa soalan kepada Tun M sewaktu pagi sesi dialog. Beliau cuba mendapatkan kepastian samada projek tersebut telah mengambil kira faktor kegagalan Proton sebelum ini.
Kepulangan Tun M dari negara matahari terbit, Jepun telah memberi tanda bahawa Malaysia bakal menjalankan projek kereta nasional setelah beberapa bahagian hak Pemilikan Proton telah diserahkan oleh syarikat Geely yang berpengkalan di Hangzhou.
Proton 2.0 dikatakan bakal melibatkan kerjasama dari kumpulan negara ASEAN. Walaubagaimanapun, projek kereta nasional tidak mendapat persetujuan daripada pihak Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dan beberapa pihak lain.
Dewan Rakyat kali ini juga bakal menyaksiakan kelibat Mat Sabu. Mat Sabu atau Mohamad Sabu yang merupakan ahli PH-AMANAH cawangan Bukit Raja akan membuat penampilan sulung sebagai menteri pertahanan.
Mat Sabu akan menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang melibatkan perancangan baharu Kementerian Pertahanan yang bersangkut paut dengan isu kedaulatan, keutuhan wilayah dan kesejahteraan ekonomi yang bakal dijalankan
P. Prabakaran yang merupakan ahli parlimen cawangan Batu merangkap ahli parlimen yag termuda buat julung kalinya akan mengemukakan soalan berkenaan langkah pengiraan asset, hak dan liabiliti milik kerajaan dan Jabatan Pembangunan Koperasi terhadap Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof.
Akhir sekali, Datuk Seri Ahmad Maslan akan bersoal jawab dengan Menteri Kerja Raya, Baru Bian berhubung isu disebalik pemansuhan haji yang ditaja oleh syarikat 1MDB pada tahun ini dan penamatan pembayaran tol yang telah diuar-arkan ketika kempen PRU-14.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels