Akhirnya, Proton telah mula kembali kepada perancangan untuk memasarkan produk automobil ke Aqaba, Jordan dengan jumlah eksport sebanyak 453 biji kenderaan sekali gus menembusi pasaran Asia Barat.
Datuk Radzaif Mohamed yang merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (Proton), telah mengulas bahawa kereta yang dieksport itu akan dipasarkan ke Iraq dan negara-negara berdekatan.
Inisiatif ini julung-julung kali dilkukan sejak Proton bekerjasama dengan syarikat Zhejiang Geely Holding Group (Geely). Usaha pertama ini melibatkan model kereta yang mempunyai nilai pasaran yang kuat dan stabil di negara tersebut.
“Malah keterujaan terhadap kereta-kereta ini terbukti apabila terdapat kelab pemilik kereta yang aktif di rantau berkenaan meskipun jumlah eksport yang sedikit beberapa tahun lalu.-Proton kembali mengeksport kenderaan, Kosmo Online
“Langkah ini merupakan titik permulaan buat Proton kerana kami kini meneruskan dan meningkatkan penghantaran kereja ke Asia Barat pada bulan akan datang,” katanya.-Proton kembali mengeksport kenderaan, Kosmo Online
“Langkah ini merupakan titik permulaan buat Proton kerana kami kini meneruskan dan meningkatkan penghantaran kereja ke Asia Barat pada bulan akan datang,” katanya.-Proton kembali mengeksport kenderaan, Kosmo Online
Dr. Li Chunrong selaku Ketua Pegawai Eksekutif Proton memberi kenyataan bahawa pasaran automobil di rantau ASEAN tetap menjadi sasaran utama pemasaran luar bagi model kereta Proton.
Malaysia mendapat kelebihan apabila pasaran Asia Barat kebanyakannaya bersifat terbuka terhadap produk-produk yang dipasarkan dari negara Islam.
“Kami teruja dengan peluang yang ada di rantau ini, malah Proton turut memanfaatkan operasi rangkaian luar negara Geely untuk meningkatan keberkesanan kos operasinya.-Proton kembali mengeksport kenderaan
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels