Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun terputus tangannya akibat tersepit pada rim motosikal yang dinaikinya kerana memakai baju yang menggeleber. Mangsa dikatakan sedang membonceng motosikal bersama kakak saudaranya.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 9:30 malam semalam di Kampung Binjai Bongkok, Marang, Terengganu. Kanak-kanak malang tersebut dikatakan memakai baju sejuk yang lebih besar berbanding saiz badannya itu.

Akibatnya, lengan baju mangsa tersebut telah tersangkut pada tayar motosikal yang sedang bergerak menyebabkan mangsa tertarik ke bawah dan tangan mangsa tersepit pad rim tayar.

Ketika kejadian itu berlaku, mangsa Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli sedang membonceng bersama kakak saudaranya, Noor Aina Hananie Rozali, 18, dan adik bongsunya sedang membonceng menuju ke rumah penghulu untuk tujuan mendapatkan pengesahan dokumen.

BACA JUGA :   Warga Emas Ditendang Ketika Menunggang Motosikal

Mangsa ketika itu memakai baju sejuk milik ibunya sebelum baju tersebut tersangkut pada rim motor. Kakak saudara mangsa menyedari kejadian tersebut apabila motor yang dinaikinya berhenti dan ada suara menjerit daripada belakang.

Mangsa dilaporkan stabil setelah dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu. Walau bagaimana pun, tangan mangsa tak dapat nak disambung kembali kerana telah hancur akibat tersangkut pada tayar.

Sejurus keluar daripada bilik pembedahan, mangsa hanya mengadu tentang bilakah dia dapat memakai tangan palsu. Keadaan tersebut seperti mangsa sudah menerima hakikat yang tangannya sudah tiada.

Lepas ni, mohon semua ibu bapa berjaga-jaga dengan anak masing-masing. Terutama sekali sedang membonceng motosikal. Jangan dibiarkan anak-anak memakai pakaian yang terlalu longgar semasa membonceng motosikal.

BACA JUGA :   Masa Kerja Adalah Fleksibel Jika Menjadi Safer Delivery Partner Atau Driver!

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here