kencing manis

Rakyat Malaysia Lubuk Kencing Manis

Malaysia dilaporkan mempunyai kadar kencing manis tertinggi di Asia dan juga antara yang tertinggi di dunia selepas Arab Saudi. Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengerusi Eksekutif Institut Diabetes Kebangsaan (NADI), Dr Mustaffa Embong.

Daripada keseluruhan rakyat Malaysia, kira-kira 2.5 juta golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas disahkan menghidap diabetes atau lebih dikenali sebagai kencing manis.

kencing manis

Menurut rekod NADI, statistik juga mendapati hampir separuh rakyat Malaysia tidak sedar bahawa mereka sebenarnya menghidap kencing manis.

Kebanyakan penghidap kencing manis tidak sedar tentang penyakit yang dialami kerana mereka tidak mengalami sindrom-sindrom kecil. Apabila sudah kronik, barulah mereka akan mula merasai komplikasinya seperti :

  • serangan jantung
  • strok
  • gagal buah pinggang
  • buta
  • terpaksa dipotong kaki
BACA JUGA :   Remaja 13 Tahun Ini Hidap Kencing Manis Kronik Gara-gara Minum Air Bergas Setiap Hari

Justeru, diharapkan agar anda semua dapat mengambil iktibar dari statistik ini dan mula menjaga pemakanan. Elakkan mengambil makanan dan minuman yang manis dan seimbangkan dengan gaya hidup yang sihat.

kencing manis

Sentiasa juga lakukan pemeriksaan berkala di klinik yang berdekatan bagi memantau tahap kesihatan anda dari semasa ke semasa.

Akhir kata, nikmat kesihatan tubuh badan adalah antara nikmat yang paling berharga. Apalah gunanya kaya dengan wang ringgit tetapi terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan untuk berjalan. Kalau tidak mahu jadi seperti itu, pastikan anda jaga kesihatan anda sebaik mungkin.

Kurangkan gula dalam pemakanan, tambahkan manis dalam senyuman.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here