Bagi yang aktif bersukan, pergerakan anggota badan pada kadar yang lebih daripada biasa adalah suatu yang biasa. Tapi, seandainya kita cuai, pergerakan yang berlebihan itu boleh mengakibatkan kecederaan terseliuh.
Sekiranya tersilap langkah, kecederaan seperti terseliuh dan tergeliat boleh terjadi pada anggota kaki, buku lali, dan bahu merupakan antara anggota yang berisiko untuk mengalami kecederaan terseliuh ini.
Tapi, malang tidak berbau. Apa saja boleh berlaku di luar kemampuan kita sendiri. Tapi seandainya berlaku, kita boleh mengelkkan ia daripada menjadi lebih teruk.
Rawatan Terseliuh dan Tergeliat
Terseliuh merupakan satu keadaan di mana berlaku koyakan sedikit pada ligament atau tendon yang terdapat di kaki, tangan, atau bahu.
Kalau terjadi, apa nak dibuat? Pertama sekali, jangan panik! Kalau boleh, anda alihkan mangsa ke tempat yang sesuai dan tidak dikerumuni orang dengan berhati-hati.
Bagi kecederaan terseliuh dan tergeliat ini, prinsip RICE boleh digunakan untuk rawatan awal bagi kecederaan sebegini. Apa prinsip RICE tu?
R- Rest
Kurangkan pergerakan pada anggota yang tercedera. Pergerakan yang berlebihan akan menggalakkan aliran darah pada anggota yang tercedera dan boleh menyebabkan bengka yang menyakitkan.
I- Ice
Letakkan paket ais pada anggota yang tercedera. Suhu yang sejuk akan menyebabkan saluran darah mengecut dan mengurangkan kecederaan. Ia juga boleh mengurangkan kesakitan pada anggota yang tercedera. Ais taka da? Boleh gantikan dengan apa saja yang sejuk seperti air tin atau botol yang sejuk.
C- Compress
Untuk mengelakkan anggota membengkak, balut anggota dengan pembalut crepe yang boleh mencengkam pada bahagian kulit anggota. Kalau tak ada juga, boleh gantikan dengan apa saja pembalut atau kain bersih yang boleh digunakan untuk membalut anggota sebelum dihantar ke hospital.
E- Elevate
Anggota yang tercedera mestilah diangkat lebih tinggi bagi mengurangkan aliran darah ke anggota yang tercedera. Mengapa? Aliran darah yang berlebihan akan menyebabkan bengkak yang menyakitkan pada anggota. Kalau anggota kaki yang tercedera, baringkan mangsa terlebih dahulu, dan tinggikan sedikit kaki bagi mengurangkan kesakitan.
Jangan Sapu Minyak Panas pada Anggota Yang Tercedera
Satu kesilapan yang sering orang ramai lakukan kalau berhadapan dengan kecederaan terseliuh ini adalah mereka akan menyapu minyak panas ke anggota yang terseliuh. Sebenarnya ia hanya akan menyebabkan kecederaan akan bertambah teruk.
Suhu yang panas akan menyebabkan lebih banyak darah dialirkan pada anggota yang tercedera; keadaan yang ingin kita elakkan. Keadaan itu akan menyebabkan anggota bertambah bengkak dan sakit tidak berkurangan.
Sejurus memberikan rawatan awal, terus bawa mangsa ke hospital. Kecederaan seliuh yang tidak serius akan diklasifikasikan sebagai kes tidak kritikal atau zon hijau.
Ikuti siri seterusnya artikel ini yang akan memberikan tip-tip asas yang boleh membantu anda jikalau tiba-tiba terlibat dalam situasi kecemasan.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels