Rawatan Kecemasan #4: Panduan Merawat Tercekik Dengan Heimlich Maneuver

0
4265

Anda sedang bersantai di sebuah restoran kegemaran anda di suatu petang hujung minggu. Sementara anda menunggu pesanan untuk sampai, anda menikmati pandangan sekeliling. Ramai orang yang juga sedang menikmati hidangan masing-masing.

Tetapi, ketenangan yang anda nikmati tadi tiba-tiba kecoh apabila salah seorang pelanggan restoran tersebut jatuh daripada kerusi sambil memegang bahagian lehernya. Tiada percakapan dan pernafasannya juga tersekat-sekat.

Tercekik adalah satu kejadian yang boleh berlaku di mana-mana. (Sumber gambar: New York Times)

Apa yang telah terjadi sebenarnya?

Itulah sebenarnya kejadian tercekik yang boleh berlaku di mana-mana saja terutama di tempat makan, restoran, malah di rumah anda sendiri. Kalau anda sendiri melalui situasi ini, apa yang boleh anda lakukan? Sekadar melihat?

Salah satu cara untuk merawat kejdian tercekik adalah dengan melakukan prosedur Heimlich Maneuver. Teknik ini merupakan antara prosedur yang paling banyak digunakan untuk mengeluarkan objek yang terapat dalam tekak orang yang tercekik.

BACA JUGA :   Ketahui Cara-cara Mencerahkan Gambar Dalam Photoshop Dengan Mudah

Prosedur ini dilakukan dengan mengenakan tekakan yang kuat menggunakan tangan pada bahagian abdomen untuk mengeluarkan objek yang tersekat dalam kerongkong mangsa.

Cara-cara dan panduan:

#1. Pastikan mangsa betul-betul dalam keadaan tercekik. Antara tanda-tanda orang tercekik adalah:

Tanda universal bagi tercekik adalah memegang tekak. (Sumber gambar: Radio.com)
  • Mengsa memegang bahagian tekak.
  • Tidak boleh bernafas dengan betul.
  • Percakapan yang tersekat-sekat.
  • Kuku dan tangan yang bertukar biru kelabu.

#2. Tenangkan mangsa. Beritahu mangsa yang anda akan melakukan prosedur Heimlich Maneuver pada mangsa. Sekiranya tidak dimaklumkan, mangsa mungkin akan meronta dan prosedur sukar untuk dilakukan.

(Sumber gambar: Walgreens)

#3. Berdiri di bahagian belakang mangsa. Genggam salah satu tangan anda dan letakkanya di atas bahagian pusat perut mangsa. Letakkan satu lagi tangan anda di atas tangan yang diletakkan awal tadi.

(Sumber gambar: Walgreens))

#4. Tolak bahagian abdomen mangsa dengn sekuat hati anda tapi dengan berhati-hati. Tolakan yang dibuat haruslah ke dalam abdomen dan ke atas atau seperti ingin mengangkat mangsa.

BACA JUGA :   Rawatan Kecemasan #2: Tip Asas Rawatan Terseliuh dan Tergeliat

#5. Buat sebanyak 10 ke 15 tolakan kepada mangsa bagi membolehkan objek yang tersekat itu keluar daripada mulut mangsa.

Tepuk sebanyak 5 kali di bahagian belakang mangsa bagi memudahkan objek keluar daridpaa tekak mangsa. (Sumber gambar: Youtube)

#6. Heimlich Maneuver yang dibuat boleh dimulakan dengan tepukan yang kuat pada bahagian belakang mangsa. Buat 5 tepukan pada bahagian belakang mangsa, pada bahagian antara tulang kipas bahu.

Sekiranya objek yang tersekat itu telah keluar, tenangkan mangsa seketika. Sekiranya perlu untuk membawa mangsa ke hospital, anda boleh bawa mangsa ke hospital atau klinik terdekat.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here