Kecemasan boleh berlaku tidak kira masa. Tidak kira, sama ada anda berada di rumah atau ketika berada di dalam rumah. Disebabkan kecemasan ni kita tak boleh nak jangka, kita pun kenalah sentiasa bersedia dengan ilmu yang sepatutnya.
Penting untuk kita tahu serba sedikit cara untuk rawatan kecemasan. Sekurang-kurangnya kalau kita tahu cara yang betul, kita boleh kurangkan risiko untuk kehilangan nyawa.
Rawatan melecur dan terbakar.
Anda sedang berehat di rumah pada suatu hujung minggu yang tenang tapi keamanan rehat anda itu terganggu apabila tiba-tiba anda terdengar bunyi jeritan di dapur. Salah seorang ahli keluarga anda telah melecur kerana terkena air panas atau minyak panas.
Jadi apa yang akan anda lakukan?
- Sekiranya melecur baru sahaja berlaku, tanggalkan pakaian yang terkena air panas tersebut dengan segera. Jangan biarkan pakaian tersebut lama-lama pada anggota yang tercedera.
- Alirkan air pada bahagian yang melecur selama 15 ke 20 minit. Gunakan air yang bersih dan sejuk.
- Jangan sesekali menyapu sebarang bahan lain seperti minyak masak, losyen, ubat gigi, kicap, atau pun tepung. Kenapa jangan sapu benda-benda ni? Sebb benda ni boleh menghalang haba keluar daripada kulit lepas melecur. Kalau tak, boleh menyebabkan kecederaan melecur yang lebih serius.
- Bawa mangsa ke hospital sekiranya keadaan luka melecur itu teruk. Balut luka melecur menggunakan pembalut plastik (cling wrapper) untuk mengelakkan jangkitan sementara menunggu rawatan di hospital. Sekiranya tiada pembalut plastik di rumah, balut dengan kain kasa yang bersih.
- Kebiasaannya, mangsa melecur terutama yang melecur teruk hingga tahap ketiga, mangsa cenderung untuk dahaga kerana kehilangan air disebabkan suhu badan yang meningkat. Jangan berikan air sekiranya mangsa meminta. Dikhuatiri mangsa akan mengalami kejutan dan boleh mengakibatkan kematian.
Sekiranya diuruskan dengan betul, luka melecur ini boleh dikurangkan tahap kecederaan yang dihadapi. Harus diingati, prinsip utama rawatan kecemasan ini adalah untuk mengurangkan kecederaan dan menyelamat nyawa.
Ikuti siri seterusnya artikel ini yang akan memberikan tip-tip asas yang boleh membantu anda jikalau tiba-tiba terlibat dalam situasi kecemasan.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels