Berapakah yang anda sanggup habiskan untuk hobi anda? RM 100? RM 200? sanggupkah anda membelanjakan puluhan ribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan item untuk melengkapkan koleksi hobi anda? Sebuah topi keledar sebagai contoh bagi kaki motor sebagai contoh.

Puluhan ribu ringgit? Semestinya ada di antara anda semua mesti terfikirkan, siapakah yang sanggup untuk mengeluarkan duit sebanyak itu semata-mata untuk hobi? Tetapi, itulah yang berlaku.

Hantaran Facebook Kory Cobblestone yang menjadi tular (Sumber gambar: Facebook)

Hanya kerana telah memuat naik status di Facebook, seorang pengguna dengan nama Kory Cobblestone telah menjual sebuah topi keledar berjenama Shoei dengan harga RM 48,000. Ya, anda tidak tersalah baca. RM 48,000 untuk sebuah ‘helmet’ edisi khas.

Menurutnya yang hanya dikenali sebagai Kory, topi keledar Shoei J-ForceII yang dikeluarkan pada tahun 2004/2005 itu merupakan model edisi terhad dan jarang dijumpai atau istilah lainnya “barang rare”

BACA JUGA :   Kelebihan Berkawan dengan Pelajar Antarabangsa | Pengalaman yang Membuka Minda
Pembeli topi keledar yang telah dijual pada harga RM48,000 (Sumber gambar: Facebook)

Dia mendapatkan ‘helmet’ itu daripada kenalannya sebelum menjualkan kepada pembeli akhir, A. Izzuddin Abdullah pada harga RM 48,000. Izzuddin merupakan seorang pengumpul barangan permotoran yang berasal daripada Kelantan.

“Saya menyimpan topi keledar ini untuk kegunaan sendiri dan jika ada yang betul-betul berminat baharu menjualnya. Alhamdulillah, dapat jual pada harga RM48,000 walaupun anggaran sebenar boleh mencecah RM70,000.” memetik sumber daripada Berita Harian.

Topi keledar Shoei JForceII yang telah dijual pada harga RM 48,000 (Sumber gambar: Faris Pit Brakes)

Hantaran Kory Cobblestone di lama Facebook itu mendapat lebih 1,900 likes, 815 share, serta ratusan komen daripada pengguna lain.

Topi keledar ini boleh disimpan sebagai aset bagi jangka masa panjang, menurutnya lagi.

Penjualan aksesori permotoran terutama aksesori yang jarang untuk dijumpai adalah sesuatu yang biasa bagi komuniti kaki moto. Mereka sanggup berhabis ratusan malahan ribuan ringgit untuk memiliki aksesori yang sangat terhad bilangannya.

BACA JUGA :   SIRIM BAHARU PADA TOPI KELEDAR BAKAL DIPERKENALKAN

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here