Beberapa hari yang lalu, berita tentang seorang kanak-kanak perempuan, Ayu, 11, menjadi pengantin kepada seorang peraih getah yang berumur 41 tahun telah tular dan menjadi kontroversi di seluruh media sosial.

Peraih getah itu difahamkan telah mempunyai dua orang isteri serta enam orang anak. Ada juga yang melabelkan kes ini sebagai kes paedhophile. Namun, Ayu membuat pengakuan bahawa dia dan suaminya sangat menyayangi di antara satu sama lain dan menegaskan bahawa suaminya itu merupakan seorang lelaki yang sangat baik.

pengantin
Gambar kanak-kanak perempuan 11 tahun bersalam dengan suaminya Sumber: http://www.kosmo.com.my

Ramai pihak yang mengecam perkahwinan tersebut dengan alasan kanak-kanak tersebut masih di bawah umur. Ada juga sumber yang mengatakan bahawa lelaki tersebut tidak bertanggungjawab kepada keluarganya yang telah sedia ada sebelum ini.

Terkini, rumah yang didiami oleh pengantin kanak-kanak tersebut bersama keluarganya di Gua Musang dikatakan sudah tidak berpenghuni.

pengantin
Ayu dan suaminya mengakui bahawa mereka sangat menyayangi di antara satu sama lain Sumber: http://www.kosmo.com.my

Berita ini diketahui sebaik sahaja tiga pegawai kesihatan wanita datang untuk membuat pemeriksaan ke atas kanak-kanak tersebut dan mendapati rumah tersebut sudah pun tidak berpenghuni pagi tadi.

Keraguan juga mula timbul apabila keadaan rumah dilihat ditinggalkan dalam keadaan yang tergesa-gesa dan sepertinya tidak dirancang. Beberapa helai pakaian yang masih berjemur di luar rumah didapati tidak berangkat dan dibiarkan begitu sahaja.

Jiran kanak-kanak tersebut memberitahu The Malaysia Insight, bahawa tiada apa-apa yang serius berlaku kerana ibu kepada pengantin kanak-kanak tersebut telah membawanya pulang ke Thailand semalam atas urusan pembaharuan passport.

pengantin
Pemeriksaan kesihatan gagal dilakukan kerana rumah kanak-kanak tersebut didapati tidak berpenghuni. Sumber: www.themalaysianinsight.com

Hal ini menimbulkan keraguan kepada banyak pihak. Ketua Polis Gua Musang, Supt Muhd Taufik Maidin, mengesahkan bahawa ibu pengantin kanak-kanak berkenaan langsung tidak memaklumkan kepadanya tentang perjalanan pulang ke Thailand itu.

“Perkara ini akan terus disiasat dari masa ke semasa untuk memastikan kanak-kanak tersebut terus berada dalam keadaan selamat”, katanya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here