Sebut pasal networking, apa yang anda faham? Pendek kata, networking boleh diertikan sebagai jaringan persahabatan antara seorang usahawan dengan usahawan yang lain.
Dalam bahasa mudah, networking boleh dilabelkan sebagai hubungan silaturahim. Usahawan selalunya memang gemar dan perlu untuk membina networking dalam bisnes masing-masing.
Oleh itu, jom tengok apa kepentingan networking dalam sesebuah perniagaan.
#1. Dapat ilmu baru, tip bisnes dan pendapat bernas secara percuma
Mendekati usahawan lain tidak kiralah jika usahawan tersebut merupakan pesaing anda sekalipun, percaya lah, anda tetap akan mendapat sesuatu ilmu yang baru yang boleh diaplikasikan dalam bisnes anda.
Anda boleh menggunakan peluang ini untuk membandingkan apa faktor utama kejayaan rakan anda, bagaimana dia mampu menguruskan bisnesnya dengan baik, apa faktor penguat yang terbesar dalam hidup mereka.
Lebih menguntungkan, anda tidak perlu mengeluarkan satu sen pun untuk semua itu, dengan syarat, jadikan keihkhlasan sebagai binaan asas dalam hubungan baik anda dengan usahawan lain.
#2. Sumber bantuan dan sokongan moral
Bantuan dan sokongan moral adalah benar-benar penting dalam hidup seseorang. Lebih-lebih lagi untuk kehidupan usahawan yang ada naik dan turunnya.
Jika anda mempunyai networking yang baik dengan rakan bisnes anda, merekalah orang pertama yang akan membantu anda disaat anda menghadapi kesususahan dalam perniagaan.
Berbanding keluarga dan rakan, hanya orang yang sama-sama berbisnes sahaja tahu dan dapat rasakan apa cabaran sebenar dalam dunia bisnes.
#3. Berpeluang menjadi rakan kongsi
Percaya atau tidak, apabila anda menjalinkan hubungan baik dengan ramai orang, anda mungkin mempunyai peluang yang besar untuk menjadi calon rakan kongsi dalam perniagaan mereka.
Dengan potensi diri yang anda miliki, perniagaan yang semakin kukuh dari masa ke semasa, sikap dan kredibiliti usahawan yang baik dalam diri anda, kelebihan ini akan membuatkan mereka tergerak hati untuk menjadikan anda sebagai rakan kongsi.
#4. Bekerjasama meluaskan perniagaan
Apabila anda mempunyai networking yang sangat baik, kerjasama untuk meluaskan perniagaan masing-masing dapat diwujudkan. Siapa kata dalam bisnes tak boleh tolong-menolong?
Sebaliknya, dengan amalan kerjasama, ia boleh membuatkan perniagaan masing-masing sama-sama maju ke hadapan. Dengan ini, prinsip win-win situation dapat diamalkan di mana kedua-dua pihak akan mendapat faedah yang sama dan menguntungkan.
Oleh yang demikian, networking sangat penting dalam sesebuah perniagaan. Binalah networking anda sebanyak mana yang boleh semasa berbisnes.
Namun begitu, tanamkan sifat ikhlas dalam mencipta sesuatu perhubungan agar hubungan yang terbina akan lebih bertahan lama dan diredhai oleh Allah SWT.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.