Dalam pada kita bercuti, pastinya kita ingin kelihatan bergaya dan pada masa yang sama merasa selesa sepanjang perjalanan. Berita baik bagi mereka yang gemar bergaya ketika melancong. Kali ini bagi anda yang kaki travel, anda mampu membawa banyak pakaian yang cantik-cantik dengan bantuan beberapa teknik mengemas bagasi paling ‘Win’ di bawah.

bagasi

#1 Gulung

Cara menggulung baju secara memanjang membolehkan anda mengoptimumkan ruang di dalam beg dengan sebaik yang mungkin. Kelebihan cara ini ialah membolehkan anda mencari dan mengeluarkan pakaian dengan mudah. Walaubagaimanapun cara ini terhad kepada baju yang nipis sahaja untuk diaplikasikan cara ini.

bagasi
Sumber gambar: http://wowmalaysia.com.my

#2 Lipat

Melipat baju adalah cara yang paling konvensional dan biasa dilakukan sekiranya seseorang hendak berjalan jauh kerana ianya cepat dan mudah untuk dilakukan. Anda boleh menyusun pakaian mengikut kehendak, kesesuaian dan keperluan anda.

bagasi
Sumber gambar: http://wowmalaysia.com.my

Tetapi sayangnya apabila anda melipat, ruang penyimpanan anda akan menjadi terhad kerana baju yang dilipat mengambil ruang lebih banyak berbanding baju yang digulung.

#3 Bungkus

Kaedah membungkus baju adalah salah satu alternatif yang baik untuk baju yang bersifat mudah kedut. Anda bleh melakukan kaedah ini dengan mengikuti langkah-langkah seperti:

  • Pertama sekali, anda perlu membentangkan pakaian yang paling mudah kedut dalam ruang bagasi dan biarkan lebihan bahagian baju tersebut diluar.
  • Bagi bahagian kolar dan pinggang baju, letakkan kedua-duanya rapat ke sisi bagasi.
  • Susunkan lapisan pakaian lain sehingga semua pakaian berada dalam bagasi.
  • Letakkan pakaian yang paling susah kedut pada bahagian paling atas
  • Akhir sekali, anda perlu lipatkan lebihan bahagian baju dari luar baju ke dalam satu demi satu sehingga kelihatan seperti dibalut.
BACA JUGA :   PERHATIAN! Ini Adalah Tempat Terbaik Di Selangor Untuk Anda Lawati
bagasi
Sumber gambar: http://wowmalaysia.com.my

Membungkus pakaian juga adalah salah satu cara terbaik bagi mereka yang gemar mendaki atau melakukan aktiviti di dalam hutan seperti Jungle Trekking. Anda juga boleh menambahkan plastik dilapisan terakhir balutan pakaian tersebut bagi melindungi pakaian anda dari sebarang keadaan yang tidak terjangka seperti hujan atau beg pakaian terjatuh di dalam sungai.

bagasi
Sumber gambar: http://wowmalaysia.com.my

Walaubagaimanapn kaedah ini sebenarnya tidak berapa praktikal kerana apabila pakaian ini dibalut selapis demi selapis, ianya akan menyukarkan pengguna mengambil pakaian yang dikehendaki. Si pengguna perlu membuka selapis demi selapis ketika hendak mengambil pakaian.

#4 Kiub

Langkah terakhir yang anda boleh lakukan ialah melakukan pengasingan dan pada masa yang sama mengemaskan barangan anda dengan bantuan satu beg berbentuk kiub. Anda boleh mengasingkan pakaian anda mengikut keperluan. Kaedah ini praktikal dari segi penjimatan ruang dan memudahkan pengguna mencari barang yang dikehendaki berbanding mencari dalam longgokan baju.

BACA JUGA :   Ini Adalah 5 Lokasi Tarikan Utama Di Kuching Untuk Anda Kunjungi
bagasi
Sumber gambar: http://wowmalaysia.com.my

Dari kesemua kaedah ini anda juga boleh memilih untuk melakukan ‘mix method’ dengan cara menggabungkan dua atau lebih cara untuk memastikan ruang anda kelihatan lebih tersusun dan kemas. Kini, anda tidak perlu lagi merasa gusar untuk melancong dengan baju kegemaran anda!

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here