Gagal dan jatuh dalam dunia perniagaan merupakan sesuatu yang amat ditakuti oleh semua usahawan. Biasalah, kehidupan sebagai seorang usahawan memang kadang-kala ada jatuh dan bangun. Pendek kata, langit tak selalunya cerah.
Namun, kejatuhan tidak bermakna anda harus putus asa yang menyerah kalah begitu sahaja. Perkara yang perlu anda lakukan setelah jatuh adalah bangkit semula. Cari semula formula untuk menjadikan anda lebih berjaya di masa akan datang.
Untuk entri kali ini, Team Deenamik kali akan berkongsi tips-tips yang boleh anda lakukan untuk bangkit setelah jatuh dalam perniagaan :
#1. Muhasabah diri
Pertama sekali, anda haruslah sentiasa meluangkan masa untuk muhasabah diri. Cuba ingat kembali apa niat anda ketika mula-mula anda buka bisnes dulu? Jika anda berbisnes untuk menunjuk-nunjuk dan mengaut keuntungan sehingga menyusahkan orang lain, mungkin itu menjadi salah satu sebab kenapa anda jatuh.
Insya-Allah, niat yang baik akan menjadikan sesuatu urusan itu dipermudahkan serta mendapat berkat daripada Allah SWT. Pada masa yang sama, cuba perbaiki hubungan anda dengan Allah dan juga manusia lain.
Kadang-kala, hubungan yang kurang baik antara kita dengan Pencipta Yang Esa dan juga makhluk-Nya mungkin membuatkan hidup kita kurang diredhai.
#2. Cari punca kejatuhan
Setelah itu, cuba cari punca utama anda jatuh dalam dunia bisnes. Senaraikan apa masalah yang timbul dan setakat ini apa yang telah anda lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Ubah kesalahan yang anda lakukan ketika berniaga dan jangan mengulangi kesalahan tersebut pada masa akan datang. Langkah ini boleh membuatkan anda sedar tentang punca kegagalan anda dalam berbisnes.
#3. Berusaha secara berterusan
Untuk bangkit setelah jatuh dalam bisnes, berusahalah secara berterusan dan jangan sesekali berhenti melakukan usaha tersebut.
Nak naik semula seperti keadaan yang sebelumnya bukan sesuatu yang senang. Gandakan usaha anda dari masa ke semasa.
Ingat, anda hanya diizinkan untuk berehat sebentar jika penat, bukannya terus berhenti.
#4. Cari dan dekati orang yang berjaya berbisnes
Cari sebanyak mana kenalan yang berjaya berbisnes, dekati dan lihat apa yang mereka buat untuk terus berjaya dalam bisnes. Contohi mana yang baik.
Semakin ramai orang yang anda dekati, semakin banyak ilmu baru yang akan anda perolehi.
Anda juga disarankan untuk meminta pendapat daripada mereka tentang anda dan perniagaan anda kerana kadang-kala, kita tidak dapat melihat kesalahan diri sendiri, sebaliknya orang lain dapat melihatnya dengan jelas.
Semoga tips-tips di atas dapat membantu anda yang jatuh dalam bisnes untuk bangkit dan mencipta kejayaan dua kali ganda daripada kejayaan masa lalu.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :