Ada segelintir daripada kita gemar memandu pada waktu malam atas faktor cuaca yang sejuk berbanding waktu siang. Ini adalah beberapa tips pemanduan yang anda boleh ambil perhatian bagi meningkatkan lagi keselamatan dan keselesaan anda ketika memandu pada waktu malam:

  • Kedudukan Posisi Lampu Hadapan

Pertama sekali, anda perlu memerhatikan posisi lampu hadapan anda. Sila periksa samada ukuran lampu hadapan anda bertepatan dengan spesifikasi yang telah ditetapkan. Anda boleh melakukan pemeriksaan di pusat servis kenderaan yang berdekatan.

memanduHal ini amat penting bagi memastikan penglihatan anda jelas dan juga pemandu yang datang dari arah bertentangan tidak mengalami masalah silau.

  • Gantikan Mentol

Selalunya jenis mentol halogen jarang terbakar. Walaubagaimanapun kecerahan mentol ini akan beransur malap dan kecerahan lampu akan menjadi semakin berkurangan.

memandu

Mentol yang berusia lebih dari tiga tahun sepatutnya digantikan baru. Jika sebelum ini anda menggunakan lampu halogen, jangan sesekali bertukar kepada mentol HID bagi mengelakkan lontaran cahaya yang tidak fokus.

  • Elakkan Kaca Mata Hitam
BACA JUGA :   Kelebihan Sambung Belajar di Chittagong Medical University

Ketika memandu pada waktu malam, anda sepatutnya memilih untuk menggunakan cermin mata yang mempunyai tahap nilai astigmatism yang sesuai kerana itu cara terbaik bagi mengelakkan rasa silau.

memanduKaca mata hitam bukanlah satu penyelesaian yang baik kerana pemakaian cermin mata hitam tidak begitu membantu dalam mengelakkan silau malahan menyebabkan cahaya kurang masuk dan menyebabkan penglihatan kurang jelas.

  • Bijak Menggunakan Cermin

Apabila situasi menjengkelkan seperti silau dengan lampu tinggi yang datang dari arah belakang, anda boleh turunkan cermin pandang belakang dan cermin sisi.

memanduJika kaedah tersebut masih tidak berkesan, berikan signal ke bahu jalan kemudian berhenti dan biarkan kenderaan tersebut memotong kenderaan anda. Jangan buang masa anda dengan melayan sikap pemandu yang ‘kurang’ cerdik.

  • Pastikan Cermin Anda Jelas

Untuk penglihatan yang optimum, elakkan keadaan cermin yang berminyak yang boleh mengganggu pemandangan si pemandu. Gunakan surat khabar untuk membersihkan cermin bahagian hadapan dan belakang dan sediakan kain microfiber untuk bersihkan bahagian dalam cermin tersebut.

BACA JUGA :   Kelebihan Sambung Belajar di Universiti yang Diiktiraf

memandu

  • Peka Dengan Keadaan Kenderaan

Apa yang saya maksudkan dengan peka dengan keadaan kenderaan? Sebelum anda melakukan perjalanan pastikan keadaan enjin dan brek berada dalam keadaan baik. Kalau boleh, lakukan servis berjadual bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik.

memanduSentiasa bersedia dengan nombor runtuk dihubungi ketika waktu kecemasan dan beritahu ahli keluarga lain supaya mereka tahu anda berada di mana dan mudah untuk membantu bila perlu.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here