Bagi mereka yang silau dan rabun, cermin mata adalah sahabat terbaik mereka untuk sepanjang hidup mereka. Cermin mata ini umpama nyawa bagi mereka kerana tanpa ia, mereka akan menjadi separa buta.

Ramai yang memakai cermin mata tapi berapa ramai yang reti menjaganya? Di sini ada disertakan beberapa tip berguna untuk membersihkan dan menjaga spec anda.

#1. Membersihkan cermin mata 

jaga
Sebelum membershkan habuk pada cermin mata, seeloknya basahkan terlebih dahulu sebelum mengelap dengan kain yang sesuai. (Sumber gmbar: Home Sweet)

Bukan semua benda boleh digunakan untuk membersihkan dan mengelap cermin mata anda. Untuk membersihkannya, anda boleh sama ada hanya menggunakan air biasa sahaja atau menggunakan sebarang pencuci kimia.

Pencuci biasa ini mengandungi bahan kimia yang boleh menghakis lapisan antisilau pada permukaan bahagian cermin.

Gunakan hanya bahan pencuci khas untuk kaca mata (Sumber gambar: Walmart)

Untuk membersihkan habuk pada cermin, sebaiknya anda boleh membasahkan dulu permukaan cermin sebelum mengelapnya.

#2. Cara betul nak keringkan spec

Lap spec dengan menggunakan kain khas atau kain mikrofiber yang sesuai. (Sumber gambar: makeuseof.com)

Kain yang digunakan untuk mengelap juga bukan semua kain boleh digunakan. Lebih baik digunakan kain microfiber. Kain kapas boleh mencalarkan permukaan cermin spec.

Lagi baik kalau anda membiarkan spec anda kering sendiri tanpa dilap untuk mengelakkan sebarang pencalaran berlaku.

BACA JUGA :   Tips Mengelakkan "Power" Rabun Mata Berkurang

Ketika mengelap cermin, pastikan anda memegang pada bahagian tengah antara kanta cermin mata. Elakkan memegang pada pemegang cermin kerana bahagian tersebut mudah patah kalau dipegang terlalu kuat.

#3. Menyimpan cermin mata.

Simpan cermin mata anda di dalam bekas yang telah diberikan sekali (Sumber gambar: eBay)

Ketika menerima cermin mata yang telah ditempah, kedai optik akan membekalkan sekali sebuah bekas untuk menyimpannya. Oleh itu, gunalah bekas itu sebaiknya.

Jangan biarkan cermin mata anda di merata-merata tempat. Kalau anda ingin membuka sekejb cermin mata anda, letakkan di atas dengan cermin menghadap ke atas. Ini akan mengelakkan cermin anda daripada tercalar.

#4. Ada calar pada cermin ? Jangan khuatir, ini caranya untuk hilangkannya.

cermin mata
Calar pada bahagian cermin boleh menghilangkan fokus nda (Sumber gambar: Home Hacks)

Semua pemakai cermin mata tahu yang spec bukanlah dibeli dengan harga yang murah. Jikalau rosak, maka kita terpaksa mengorbankan bajet kita untuk mendapatkan spec baharu.

Jikalau cermin mata yang dipakai mula kelihatan calar-calar, anda tidak perlu risau untuk menggantikannya. Anda masih boleh menghilangkan kesan calar itu. Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan.

ubat gigi boleh digunakan untuk menghilangkan calar pada bahagian cermin. (Sumber gambar: Home Hacks)

Paling banyak diamalkan adalah dengan menggunakan ubat gigi. Pastikan ubat gigi yang digunakan adalah yang biasa dan bukannya formulasi khusus untuk tujuan pemutihan.

BACA JUGA :   Tips Mengelakkan "Power" Rabun Mata Berkurang

Caranya mudah, sapukan ubat gigi pada bahagian yang calar dan gosok menggunakan kain mikrofiber dalam gerakan bulatan untuk beberapa kali.

Ulang beberapa kali jikalau masih ada kesan calar pada cermin.

Soda bokarbonat juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan calar (Sumber gambar: Mantech Inc)

Selain itu, anda boleh juga menggunakan soda bikarbonat. Campurkan dengan sedikit air dan digosokkan pada cermin dengan cara yang sama dan ulang sekiranya masih ada kesan sisa calar.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here