Nak mencuba sesuatu yang baharu, apa kata cuba aktiviti outdoor? Gerakkan kembali otot anda yang dah lama tak bekerja keras itu. Kita bergelumang dengan peluh sambil rasa sedikit deruan adrenelin dalam badan kita.

Aktiviti outdoor ni selalunya dikaitkan dengan alam sekitar dan meneroka keindahan sambl beriadah. Contohnya, mendaki gunung atau bukit, berkhemah dan tracking hutan.

Aktiviti
Aktiviti ooutdoor boleh menyihatkan badan (Sumber gambar: Belgium outdoor)

Bila melibatkan aktiviti macam ni, persiapan sebelum memulakan aktiviti ni sangatlah penting. Terutama sekali pada yang baru nak mula. Jangan sampai anda cramp masa anda tengah hiking atau pun semput masa di tengah-tengah trek dalam hutan.

Di sini disertakan beberapa tips untuk newbies yang baru nak menceburi aktiviti outdoor ini.

#1. Pakaian yang sesuai.

Pakaian semasa melakukan aktiviti outdoor haruslah selesa dan boleh memudahkan pergerakan badan (Sumber gambar: Stuffo Holics)

Pertama dan yang paling penting sekali adalah pakaian. Pastikan pakaian anda itu tidak terlalu ketat dan longgar. Hanya sedang-sedang elok muat pada badan.

Jika pakaian terlalu ketat, susah untuk anggota badan untuk bergerak terutama pada bahagian peha, lengan dan kaki. Tapi, kalau pakaian anda terlalu longgar pun tak boleh juga. Nanti baju yang longgar dan menggeleber tu melekat pada ranting.

Kasut untuk aktiviti outdoor mestilah sesuai dan paling penting, tapak masih masa dan tak haus. (Sumber gambar: Sports Direct)

Kasut yang dipakai pun, hendaklah sesuai. Paling penting, pastikan anda tengok tapak kasut. Jikalau sudah haus, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk membeli kasut baharu. Nak berseronok pun keselamatan kena diutamakan.

Tak tahan sejuk? Pakai windbreaker sesama melakukan aktiviti outdoor. (Sumber gambar: Independent Trading Company)

Kalau anda jenis yang tak tahan sejuk, baju sejuk dan windbreaker boleh dibawa sekali. Boleh dibeli di kedai peralatan sukan atau dibeli di kedai bundle. Bergantung pada kemampuan anda.

#2. Peralatan yang berkualiti

Pilih beg yang sesuai untuk membawa segala keperluan anda. (Sumber gambar: ebags.com)

Kalau anda nak mula bergiat dalam aktiviti seperti mendaki/hiking atau berkhemah, aspek lain yang ditekankan adalah peralatan. Ini nak pastikan anda selesa sepanjang anda beraktiviti. Lagipun kalau nak selesa bermalam di hutan, mesti nak guna peralatan terbaik.

BACA JUGA :   Poland destinasi yang tepat untuk bercuti!!!

Antara peralatan kalau nak masuk hutan lebih sehari mestilah beg atau sack. Segala macam barang keperluan nak disumbat, jadi beg yang ada mestilah kukuh dan cukup kuat untuk tamping bermacam keperluan yang nak dibawa nanti.

Pilihlah jenama yang bagus. Jangan dibeli beg copy daripada pasar malam. Beli di kedai peralatan sukan yang menjual alatan original. Tak salah berbelanja lebih untuk keselamatan dan keselesaan sendiri.

Khemah akan menjadi tempat untuk berlindung daripada sejuk dan hujan. jadi, pilihlah khemah yang terbaik. (Sumber gambar: Amazon)

Kalau aktiviti berkhemah, peralatan yang kena ada adalah khemah. Sekali lagi, kualiti harus jadi keutamaan. Anda nak berlindung daripada sejuk, hujan, dan binatang liar; khemah yang baik dan kukuh wajib ada.

Lampu ni penting, lagi-lagi kalau nak ‘membuang’ pada waktu malam kat tengah-tengah hutan. (Sumber gambar: Lelong)

Lampu suluh juga penting. Takkan nak meminjam daripada kawan ketika dalam hutan, kan? Anda boleh beli sebuah lampu yang bagus semurah RM10 dan boleh bertahan selama 3 hingga 4 hari jika dikawal penggunaannya.

Paling penting, anda menyediakan ubat anda sendiri. Kalau anda ad penyakit serius, eloklah bawa bekalan lebih. Ubat-ubat lain seperti Panadol, ubat tahan sakit, dan minyak panas elok bawa sendiri.

Bawa sendiri ubat anda. (Sumber gambar: Amazon)

Tak adalah nanti menyusahkan orang lain. Bungkuskan ubat-ubat ini dalam satu beg plastic kedap air dan simpankan dalam sebuah beg berasingan.

Peralatan lain seperti pisau kecil dan fire starter juga boleh dibawa tapi itu hanyalah sampingan.

# 4. Persiapan fizikal.

Persiapan sebelum aaktiviti outdoor tu penting. (Sumber gambar: Memory Prints)

Aktiviti outdoor selalunya melibatkan pergerakan badan yang maksimum hingga boleh membebankan badan. Jadi, penat dan lesu itu mesti anda kena hadap juga. Oleh itu, nak elakkan daripada badan terkejut, moleklah anda buat persediaan sedikit.

BACA JUGA :   Tempat-Tempat yang Indah untuk Dikunjungi di Medan, Indonesia.

Persediaan yang bagaimana? Persiapan fizikal seperti latihan fitness seminggu sebelum beraktiviti. Mungkin boleh mulakan dengan aktiviti mudah seperti joging. Tapi, pastikan anda konsisten. Jangan sekejab buat sekejab tak buat. Pasti anda menyesal nanti.

# 5. Know Your Limit

Kalau rasa dah tak boleh nak teruskan, rehat sekejab. (Sumber gambar: iStock)

Ini paling penting. Perkara yang nak dielakkan adalah menyusahkan orang lain dengan keadaan kesihatan diri anda.

Kalau anda menghidapi penyakit seperti asma dan lelah, eloklah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat. Jangan main pergi tanpa minta nasihat, kelak nanti and menyusahkan orang lain.

Semasa anda melakukan aktiviti, jangan terlalu memaksa diri. Kalau anda tidak mampu, berhenti rehat sebentar. Takut kalau terlalu dipaksa, nanti diri yang merana. Jangan terlalu ego semata-mata nak menunjukkan diri anda hebat.

Sudah hadam dengan tip-tip di atas. Maka, anda sudah bersiap untuk melakukan aktiviti pertama anda. Aktiviti outdoor ini akan menyeronokkan sekiranya kita tahu apa yang perlu dipersiapkan.

 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here