Penceramah bebas terkemuka Malaysia, Ustaz Kazim Elias mendakwa terdapat beberapa pihak yang menghalangnya untuk terus berceramah.
Hal ini memberikan kesan yang besar terhadap beliau kerana ceramah yang disampaikan olehnya merupakan salah satu usaha yang dilaksanakan untuk mendapatkan dana bagi sekolah tahfiz di bawah seliaannya.
Gambaran penutupan Maahad Tahfiz Darul Barakah, Ipoh ini disedari oleh netizen apabila terdapat satu posting di laman web Facebook milik penceramah tersebut yang menunjukkan bahawa sekolah tahfiz itu sedang mengalami sedikit kesulitan untuk terus beroperasi.
Perkara ini semakin meresahkan orang ramai apabila munculnya iklan tentang penjualan sekolah berkenaan di laman web https://www.mudah.my/.
Iklan penjualan tersebut dimuatnaik oleh seorang individu yang bernama Ruzanna dengan harga RM 5 juta. Harga tersebut juga dikatakan masih boleh dirunding.
“Bangunan Tahfiz Darul Barakah menempatkan ratusan pelajar. Saya membinanya dengan nilai keselesaan, cantik dan sejuk mata memandang.
“Sangat tinggi nilai halus kepada setiap pengunjungnya dan di sinilah tempat awal rakaman rancangan Kalau Dah Jodoh.
“Namun saya manusia biasa, berseorangan ke hulu ke hilir mencari sesuatu yang boleh menampung. Penat, uzur apatah lagi semakin sukar bergerak menjadikan semuanya semakin terbatas.
“Memang tidak sanggup berpisah dengan sekolah ini tetapi kalau berterusan begini maka perpisahan dan penutupan adalah jalan terbaik,” Sumber: Facebook Ustaz Kazim
Sekolah tersebut memuatkan lebih ratusan pelajar tahfiz. Warga emas, anak yatim, dan mualaf turut menetap di situ.
Pusat tahfiz tersebut dikatakan mempunyai sebuah banglo yang digunakan sebagai tempat pengurusan, tiga bilik kuarters, empat bilik dorm, enam bilik darjah, kantin, asrama, stor, surau, dan pondok pengawal.
Kemudahan dan infrastruktur di sekolah tersebut sangat memuaskan kerana Ustaz Kazim sentiasa menginginkan yang terbaik untuk semua penghuni sekolah tersebut.
Disebabkan Ustaz Kazim diberikan bermacam-macam pertanyaan melalui komen di media sosial dan juga panggilan telefon, beliau menggesa orang ramai agar tidak membuat andaian dengan sewenangnya kerana beliau akan cuba memberikan kenyataan terbuka tentang status sebenar sekolah tahfiz berkenaan.
Seluruh rakyat Malaysia menzahirkan rasa gusar mereka terhadap berita penjualan sekolah tahfiz tersebut dan ramai yang berharap agar sekolah tersebut terus beroperasi seperti sedia kala.
Ramai netizen yang menawarkan bantuan untuk memberikan sumbangan terhadap pusat tahfiz berkenaan. Ada juga yang mencadangkan untuk menderma sekurang-kurangnya RM10 tiap seorang untuk sekolah tersebut.
Kerajaan Perak juga mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan sekiranya pihak sekolah benar-benar memerlukan bantuan kewangan.
Oleh itu, seluruh masyarakat Malaysia diminta tidak membuat sebarang andaian dan tunggu penjelasan daripada Ustaz Kazim sendiri. Marilah sama-sama mendoakan yang terbaik untuk sekolah tahfiz ini.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels