Ustaz Zawawi Mughni: Calon PRK Sungai Kandis ‘Diam-Diam Ubi Berisi’

0
1071

Ibarat diam-diam ubi berisi, sikap rendah diri yang begitu sebati dengan Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni. Nama beliau tidak begitu dikenali umum namun cukup terkenal dalam kalangan rakyat Sungai Kandis.

zawawi

Anak jati Sungai Kandis ini banyak menabur bakti baik dari segi kepimpinan, agama dan juga sosial. Dengan rekod yang bersih serta pencapaian yang cemerlang membuka jalan mudah buat beliau sebagai calon Parti KEADILAN bagi PRK Sungai Kandis. Beliau juga berperanan dalam komuniti masyarakat Kampung Sungai Kandis sebagai imam, jurunikah, kaunselor dan penceramah motivasi.

zawawi

Kredibiliti beliau tidak hanya berlegar di Sungai Kandis semata-mata. Ketokohan sebagai seorang agamawan yang menjadikan pendidikan sebagai medium cukup terserlah. Beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) Selangor juga memegang profil sebagai Pengetua Maahad Tahfiz al-Fateh, Jalan Kebun.

BACA JUGA :   Kerajaan Selangor Pertimbang Semula Kenaikan Caj Beg Plastik?

Ustaz Zawawi merupakan salah satu pemegang Sarjana Muda terbaik yang pernah dihasilkan oleh Universiti Al-Azhar, Mesir dan mempunyai pencapaian sebagai pemegang Master dari Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan.

zawawi

Beliau yang merupakan Mantan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor ini juga diberikan kepercayaan sebagai Timbalan Majlis Perundingan Kebangsaan ABIM (MPKA) dan diberi amanah sebagai Setiausaha Integrated Muslim Association Network (IMAN).

Misi kemanusiaan telah sebati dalam diri beliau dengan penglibatannya dalam Skuad Prihatin ABIM dan Global Peace Mission (GPM) yang turun padang apabila bencana alam berlaku.

zawawi

GPM juga menjadi medium bagi beliau menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka yang berada di Palestin dengan memberikan sumbangan dalam bentuk dana dan kempen di masjid dan lokasi yang sesuai.

BACA JUGA :   PERHATIAN! Ini Adalah Tempat Terbaik Di Selangor Untuk Anda Lawati

Atas inisiatif beliau  dan isteri, Ustazah Hazlina Abdul Razak, aspek gejala sosial turut menjadi perhatian apabila pasangan ini berganding bahu membantu golongan wanita yang terdiri daripada golongan bermasalah dengan penubuhan Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Darul Wardah.

zawawi

Penubuhan rumah ini bertujuan untuk memberikan peluang kedua bagi mereka kembali ke pangkal jalan dengan modul yang telah disediakan.

Umpama masakan yang cukup rencah dan rasa, Ustaz Zawawi Mughni adalah calon yang cukup seimbang dari segala aspek.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here