Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia di Sekolah Pay Fong, Melaka malam kelmarin membuatkan wartawan beragama Muslim dan Hindu berasa terkilan kerana hampir-hampir termakan hidangan daging babi.
Pihak penganjur langsung tidak sensitif sehingga tiada seorang pun wakil daripada mereka memaklumkan tentang jenis hidangan yang sudah tersedia di atas meja sehingga wartawan beragama Islam dikatakan sudah pun duduk di meja berkenaan.
Antara wartawan yang hadir untuk membuat liputan adalah daripada agensi berita Utusan Malaysia, Melaka Kini, RTM Melaka, The Star dan Tamil Nesan Daily dan juga beberapa wartawan daripada akhbar Cina.
Salah seorang wartawan Utusan Malaysia melabelkan pihak penganjur tidak beradab apabila menghidangkan hidangan tersebut semasa liputan sedang dibuat.
Fadzly Izab juga menambah bahawa disebabkan adanya hidangan babi tersebut, status makanan lain yang pada asalnya halal pun sudah menjadi tidak halal kerana semua makanan tersebut dimasak oleh tukang masak dan disediakan di dapur yang sama.
Perkara seperti ini merupakan satu isu yang sangat sensitif dan mencetuskan kemarahan orang ramai kerana ia melibatkan sesuatu yang akan menjadi daging dalam badan.
Wartawan beragama Hindu dari Tamil Nesan Daily, A Kaviarasan juga mengutarakan pandangannya bahawa dia langsung tidak bersetuju dengan perbuatan pihak penganjur. Selain agama Islam, agama Hindu juga tidak membenarkan penganutnya makan daging babi.
Dia tidak berpuas hati bagaimana pihak penganjur boleh menyediakan hidangan seperti itu sedangkan mereka tahu wartawan dan tetamu yang hadir pada malam itu terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa.
Disebabkan isu ini, yang Dipertua kelab Media Massa Melaka (KEMM), Samat Majid mengambil langkah untuk memohon pihak kerajaan negeri dan penganjur untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.
Beliau juga berharap agar perkara ini tidak akan berulang lagi dan penganjur makanan di luar sana juga mestilah sentiasa peka terhadap isu seperti ini.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels