Walaupun Singapura termasuk di antara negara yang paling mahal untuk dijadikan lokasi percutian, jangan risau.
Anda masih boleh menikmati percutian di Singapura dengan bajet yang minimum.
Terdapat 5 perkara yang anda wajib buat di Singapura dengan harga murah dan juga percuma.
#1. Bergambar di hadapan Universal Studio
Universal Studio merupakan taman tema berkonsepkan filem yang pertama di Asia Tenggara. Ia menjadi salah satu tarikan utama bagi pengunjung yang datang ke Singapura.
Yuran masuk ke sini boleh mencecah ratusan ringgit, namun begitu, ianya tidak menghalang anda untuk bergambar di hadapan Universal Studio kerana ianya adalah percuma.
Siapa yang tak bergambar di sini kalau dah berkunjung ke Singapura, memang rugi.
#2. Bergambar dengan Merlion
Merlion merupakan ikon bagi negara Singapura. Merlion Park merupakan satu tempat yang wajib dikunjungi apabila anda melancong Singapura.
Patung yang berkepala singa dan berbadan ikan ini mempunyai tinggi 8.6 meter dan berat 70 tan ini memancurkan air dari mulutnya.
Bergambarlah dengan pemandangan cantik bersama Merlion dan untuk menyaksikan pertunjukan lampu yang cantik, anda disarankan datang pada jam 8.00 malam.
#3. Menikmati keindahan di Taman Botani
Dengan harga sebanyak SGD $5, anda boleh masuk ke taman botani ini untuk menyaksikan lebih daripada 10,000 spesies tumbuhan.
Tempat ini sangat sesuai bagi mereka yang cintakan keindahan alam dan sukakan ketenangan. Adalah sangat berbaloi untuk anda meluangkan masa di sini. Hari-hari dah tengok kenderaan dan bangunan pencakar langit, apa salahnya luangkan sedikit masa anda untuk melihat kehijauan alam.
#4. Berjalan diantara Supertrees di Gardens by the Bay
Garden by the Bay adalah taman hijau seluas 101 hektar yang berada di tengah kota dan sangat hampir dengan Marina Bay.
Ia memiliki lebih dari 250.000 jenis tanaman yang unik dan segar. Antara tarikan yang paling menarik di sini adalah Supertrees, yang merupakan bangunan yang disaluti dengan lapisan yang seakan-akan pokok.
Anda boleh berjalan disekeliling Supertrees dan rasailah pengalaman seperti berada dalam filem fantasi. Gardens of the Bay berukuran antara 25 hingga 50 meter dan memiliki lebih kurang berbelas-belas Supertrees.
#5. Berjalan dan bergambar di atas jambatan gantung
Jika anda ingin bersiar-siar di taman dan juga berjalan di atas jambatan gantung sambil menikmati udara yang segar, anda boleh berkunjung ke MacRitchie Nature Trail & Reservoir Park.
Bukan semua orang berani untuk berjalan di atas jambatan gantung sepanjang 25 meter yang berlantaikan hutan ini. Anda juga boleh berkhemah di sepanjang takungan ke Treetop Walk sambil melihat burung yang unik dan juga cantik.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik