kontrak tm

Anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mokhzani Mahathir berjaya memperoleh kontrak bernilai RM11.6 juta daripada Telekom Malaysia (TM), beberapa hari selepas Pakatan Harapan menumbangkan BN dalam PRU-14 yang lalu.

Syarikat milik Mokhzani iaitu Opcom Holdings, mendapat kontrak kerja-kerja pemasangan dan pemulihan perkhidmatan Unifi bermula 2 Julai tahun ini sehingga 31 Disember 2019.

Mokhzani merupakan pengerusi dan ketua pegawai eksekutif (CEO) kepada syarikat berkenaan. Manakala adiknya iaitu Mukhriz Mahathir yang juga Menteri Besar Kedah, merupakan pengasas Opcom Holdings serta memegang 25 peratus saham dalam syarikat tersebut.

Kontrak opcom holdings TM
Mokhzani Mahathir merupakan salah seorang antara usahawan terkaya di Malaysia.

Opcom dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini berkata ia telah menerima surat penganugerahan kontrak “Rakan Unifi” pada 14 Mei.

BACA JUGA :   TM Bermurah Hati Berikan 1 Juta Simkad Unifi Mobile Secara Percuma Kepada Orang Ramai

Walaubagaimanapun, Opcom Holdings dalam kenyataannya menegaskan bahawa “tidak ada pengarah dan pemegang saham utama Opcom dan / atau syarikat subsidiari atau mana-mana orang yang berhubung dengan mereka mempunyai apa-apa kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, dalam kontrak (Rakan Unifi).”

Apa-apapun, masih tidak dapat dipastikan sama ada kontrak kepada Opcom Holdings ini ada kaitan dengan kapasiti Mokhzani sebagai anak kepada Perdana Menteri ataupun tidak.

Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara selepas memenangi PRU-14 yang lalu.

Diharapkan agar sebarang  amalan-amalan kronisme dapat dicegah dan keputusan pemberian kontrak diberikan kepada pihak yang benar-benar layak dan kompeten melaksanakan tugas yang diberikan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   TM Bermurah Hati Berikan 1 Juta Simkad Unifi Mobile Secara Percuma Kepada Orang Ramai

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here