Hingga ke hujung nyawa. Begitulah perumpamaan yang cukup dekat bagi pasangan Fatin Nursyahirah Yusuf, 24 dan Mohamad Saiful Azzam Mohmed.
Seharusnya Fatin Nursyahirah dan Azzam sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos ini namun Fatin Syahirah telah didiagnos mengalami peyakit kanser tisu ditahap keempat pada Ramadhan tahun lepas.
“Selama ini saya tidak ambil kisah sangat pasal kanser, tapi apabila ia kena kepada adik saya sendiri, ia memang sesuatu yang merentap hati dan jiwa kami sekeluarga,” kata Shukur Yusuf, 30, abang kepada Fatin Nursyahirah, ketika ditemui di rumahnya di Taman Mahsuri, di sini hari ini.
Walaupun Syahirah dalam keadaan sakit, Shukur mengulas bahawa Azzam setia dengan Syahirah dan menyimpan harapan bahawa Syahirah akan kembali pulih ke keadaan asal dan tanpa ragu-ragu menyimpul pertunangan pada 17 Jun lepas.
Sayang sekali kesihatan Syahirah berada di tahap yang membimbangkan selepas pembedahan dijalankan sebanyak beberapa kali pada hujung tahun 2017.
Di penghujung bulan Julai lepas, keadaan makin parah apabila Syahirah tidak mampu berjalan apabila dia lumpuh daripda bahagian pinggang ke bawah.
“Azzam begitu ikhlas mahu memperisterikan Fatin Nursyahirah dan disebabkan itu kedua-dua belah pihak keluarga setuju mempercepatkan pernikahan mereka dan ia juga dipersetujui adik saya sendiri sebelum mereka dinikahkan pada 11 pagi, Jumaat lalu,” katanya.
Jodoh Azzam dan Syahirah bagaimanapun tidak berpanjangan apabila Syahirah dijemput ke pangkuan ilahi kurang 24 jam dari tempoh pernikahan mereka akibat sesak nafas.
Kepada sesiapa yang mengenali saudari Syahirah diminta untuk memaafkan kesalahan arwah sekiranya arwah pernah menyakiti persaan sesiapa sahaja yang pernah dikenali seumur hidupnya. Al-Fatihah
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels