Warga Putrajaya yang menunggu untuk menaiki bas Nadiputra hari ni mungkin berasa kecewa kerana tiada satu pun bas yang melalui perhentian bas seperti kebiasaan. Rutin saban pagi yang sentiasa lancar, hari ni agak kucar kacir kerana tiada bas untuk dinaiki.
Perkhidmatan bas di Putrajaya hari habis tergendala gara-gara tiada bas pun yang melalui laluan yang sepatutnya. Penyedi perkhidmatan bas Nadiputra, Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd telah mengeluarkan sebuah kenyataan di Facebook.
Kenyataan tersebut mengatakan bahawa perkhidmatan bas Nadiputra tergendala kerana seramai 23 orang pemandu bas Nadiputra tidak mahu bekerja pada hari ini.

Bermacam Masalah Dengan Khidmat Bas
Ini bukanlah kali pertama perkhidmatan bas Nadiputra mengalami masalah. Sebelum ini, pebagai aduan telah diterima berikutan servis yang tidak memuaskan oleh para penumpang.
Masalah bas yang teruk kerana kurang penyelenggaraan yang sepatutnya merupakan antara masalah yang sering dihadapi oleh penumpang bas tersebut. Bas yang sering lewat dan tidak mematuhi jadual perjalanan juga antara masalah yang dikaitkan.

Sebenarnya, bukan pemandu tak nak bekerja, tapi…
Kesatuan Pemandu Bas Nadi Putra menafikan dakwaan pengurusan bas Nadiputra yang mengatakan bahawa seramai 23 orang pemandu bs tersebut tidak mahu bekerja.
Sebaliknya, ia disebabkan pemandu-pemandu tersebut teah dipecat oleh pengurusan. Kesemua pemandu yang terlibat dikatakan menerima notis pemberhentian mereka ketika mereka ingin bekerja pagi tadi jam 6:00.

Tiada peluang untuk membela diri, sebarang notis, atau surat tunjuk sebab. Mereka terus diberikan notis pemecatan di saat mereka ingin memulakan rutin untuk mencari rezeki serta menyediakan perkhidmatan.
Sebelum ini, para pemandu bas tersebut ada membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana adanya penyelewengan dalam pengurusan syarikat penyedia tersebut.
Menteri Arahkan Perkhidmatan Disambung Semula

Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad mengarahkan agar perkhidmatan bas Nadiputra yang tergendala disambung semula bagi mengelakkan kesusahan warga Putrajaya yang bergantung kepada perkhidmatan ini.
Siaasatan lanjut akan dibuat dengan Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Sumbr manusia bagi menyelesaikan masalah ini.
“Jika pihak pengurusan memecat pemandu ini kerana membuat laporan SPRM, ini satu tindakan yang bertentangan dengan perlembagaan yang memberikan hak kepada semua pihak untuk membuat laporan kepada polis dan juga SPRM,” kata Khalid.