Ura-ura yang mengatakan bahawa Biro Tatanegara (BTN) dan juga Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dimansuhkan sebelum ini menjadi kenyataan apabila Mesyuarat Kabinet memutuskan untuk memansuhkan kedua-dua program berkenaan dengan serta merta.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau menegaskan bahawa keputusan tersebut sememangnya telah dipersetujui dalam mesyuarat kabinet sejak minggu lalu.
Namun begitu, pihak kerajaan bertanggungjawab dan memikirkan soal kakitangan tetap dan kontrak bagi kedua-dua program tersebut, yang mana kakitangan terpilih daripada kedua-dua program berkenaan berkemungkinan besar akan diserap ke dalam KBS.
Bagi menggantikan kedua-dua program tersebut, Kabinet kini dalam perancangan untuk merangka satu modul baharu yang lebih telus.
Syed Saddiq juga menjelaskan bahawa perancangan tentang rangkaan modul baharu tersebut bukanlah dirangka oleh pihak KBS semata-mata tetapi juga akan dibuat bersama-sama dengan pihak-pihak berkepentingan yang lain.

Hal ini demikian kerana oleh sebab kedua-dua program berkenaan melibatkan pihak kementerian, KBS akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan sebagainya.

Ditanya bilakah jangkaan modul baharu tersebut akan diputuskan, Syed Saddiq berkata bahawa ianya masih belum dapat diputuskan.
Bercakap soal kakitangan tetap dan kontrak yang akan diserap ke KBS, beliau menjelaskan bahawa hanya kakitangan yang terpilih sahaja yang akan diserap dan jumlah kakitangan yang bakal diserap juga masih belum diputuskan.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.