Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard meminta agar pemimpin Pakatan Harapan berhenti bermain politik sejak memenangi PRU-14 hinggalah kini.

Beliau berkata sedemikian kerana beliau mendapati rakyat sudah semakin muak dengan permainan politik yang dilihat tiada kesudahan.

chegu bard
Chegu Bard

Rakyat sudah mula muak dan hal ini menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat, adakah PH benar-benar layak untuk memegang tampuk pemerintahan Malaysia ataupun tidak.

Sekali lagi rakyat akan dipertontonkan drama politik. Baru-baru ini timbul kekecohan bahawa ada tangan-tangan langit yang cuba campur tangan dalam urusan peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri, daripada Tun. M kepada DS Anwar Ibrahim.

chegu bard
DS Anwar Ibrahim

Apa yang tidak disangka, nama Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin turut terbabit dalam hal ini.

Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid membuat dakwaan wujud konspirasi untuk melengahkan atau memperlekehkan Presiden PKR untuk menjadi Perdana Menteri ke-8.

chegu bard
Abdullah Sani Abdul Hamid

Satu ideologi pun, dilihat ada pertentangan pendapat dan tindakan. Bagaimana negara hendak maju?

“Adakah ini Malaysia baharu yang rakyat impikan? Sebelum PRU dah bermain politik, selepas PRU juga masih bermain politik yang sama sekali tidak menunjukkan kesudahan”.

Chegu Bard berpendapat bahawa negara kita masih lagi belum stabil. Wakil kerajaan seharusnya fokus terhadap usaha untuk menstabilkan ekonomi negara. Selain itu, mata wang ringgit juga masih dalam keadaan yang membimbangkan.

chegu bard
Ringgit Malaysia masih berada di paras yang membimbangkan

“Ringgit kini berada pada paras RM4.20 sen berbanding dolar Amerika Syarikat. Perkara ini lebih penting untuk kita risaukan”.

Dalam penemuan tersebut, beliau juga meninggalkan kata-kata akhir kepada kerajaan baharu agar wakil rakyat PH untuk tukar corak pemikiran dan ambillah langkah yang lebih bijak. “Kamu bukan lagi wakil rakyat pembangkang, tetapi kamu adalah wakil rakyat kerajaan yang diamanahkan oleh rakyat untuk mentadbir Malaysia”.

chegu bard
Pakatan Harapan memberi rakyat 10001 harapan sejak memenangi PRU-14

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here