GEMPAR!!! Chicago Hampir Menjadi Bandar ‘The Purge’

0
565

Anda pastinya pernah menonton filem The Purge bukan? Situasi yang lebih kurang sama berlaku di sekitar bandar Chicago, Amerika Syarikat (AS).

Terbaru, terdapat kes tembakan yang melibatkan 44 orang awam yang telah meragut lima nyawa yang tidak berdosa. Kajian tersebut diklasifikasikan sebagai jenis keganasan yang melampau dan diluar batasan.

Fred Waller yang merupakan Ketua Polis Chicago membuat kenyataan pada media bahawa sebahagian daripada kejadian telah diatur terlebih dahulu dan mempunyai unsur pergaduhan diantara kumpulan penjenayah.

“Bandar raya Chicago mengalami malam yang ganas. Insiden tembakan sama ada secara rawak atau terancang di jalan-jalan di kota raya ini tidak boleh diterima sama sekali,” katanya.-K! Online

Menurut laporan daripada CNN, kejadian tersebut berlaku dalam linkungan tengah malam hingga jam 2 pagi dengan sebanyak 10 kes dalam tempoh tiga jam bermula dari jam 1.30 pagi.

Antara yang menjadi sasaran kumpulan bersenjata ialah orang awam yang baru kembali dari upacara kematian dan melibatkan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 11 tahun yang turut mengalami kecederaan.

Chicago memegang rekod terburuk kes pembunuhan yang mula memecahkan dominasi rekod terburuk sejak dua dekad lalu pada tahun 2016.

Walaubagaimanapun angka kes berkaitan insiden tembakan mencatatkan penurunan mencecah 30 peratus pada tahun ini, manakala kes pembunuhan merudum sebanyak 25 peratus.

Berikutan kejadian tersebut, hampir 5 500 senjata api yang dibawa masuk secara tidak sah telah disita sepanjang tahun ini.

Ketua polis Chicago menjelaskan bahawa penurunan ini tidak bermaksud bandar Chicago berada pada tahap yang selesa dan terjamin tetapi sebagai satu tanda aras bahawa Chicago berada di platform yang betul dalam usaha membanteras jenayah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here