Nampaknya Walt Disney tidak dapat menayangkan kartun terkemuka mereka dalam filem ‘Christopher Robin’ yang berkisahkan tentang karakter beruang comel yang dikenali sebagai Winnie the Pooh di China.

christopher robin

Pihak Walt Disney tertanya-tanya apabila penolakan dari pihak negara China itu dibuat tanpa alasan yang kukuh kepada studio Hollywood.

Di Beijing, kerajaan telah melakukan proses tapisan terhadap imej atas talian Winnie the Pooh disebabkan unsur-unsur politik.

Pihak pembangkang kerajaan telah mempersenda penampilan Presiden Xi Jinping yang dikatakan sama seperti fizikaliti beruang comel tersebut dan menggunakan karakter kartun itu sebagai symbol bangkangan.

christopher robin

Negara itu merupakan negara kedua yang mempunyai pasaran terbesar  dunia telah mengurangkan jumlah kemasukan filem dari luar negara yang telah mencecah angka sebanyak 34 buah filem dalam tempoh setahun.

Kebanyakan filem yang dibenarkan masuk ialah hanya filem bertaraf box-office dan berunsurkan aksi hebat sepert Avengers: Infinity War dan Black Phanter serta dua filem Disney pada tahun ini.

christopher robin

Bulan Mac lalu, filem ‘A Wrinkle in Time’ juga tidak dapat ditayangkan di negara China walaupun filem tersebut menembusi pawagam di seluruh dunia.

Filem ‘Christopher Robin’ ini berkisarkan tentang kanak-kanak lelaki bernama Christopher Robin yang telah meningkat dewasa kembali semula dengan kumpulan rakan-rakan sewaktu zaman kanak-kanaknya yang dikenali sebagai Winie the Pooh dan lain-lain.

christopher robin

Fenomena karakter Winnie the Pooh ini bermula sejak tahun 1924 yang dicipta oleh A.A Milne berdasarkan kisah benar anaknya yang juga bernama Christopher Robin Milne.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here