Selepas sesi perbahasan di peringkat Dewan Rakyat semalam, Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada malamnya. Ini bermakna kerajaan Malaysia boleh melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan.
Kerajaan sebelum ini ada menggariskan beberapa jenis perkhidmatan yang akan dikenakan cukai dan juga barangan yang tidak akan dikenakan cukai.
Menurut Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng, pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ini akan mengikut garis panduan dan model seperti Akta Cukai Perkhidmatan 1975 yang sebelum ini telah dimansuhkan.

Hanya 43.5% Perkhidmatan Yang Akan Dikenakan Cukai
Cukai yang baharu ini akan dikenakan kepada hanya 43.5% perkhidmatan pada kadar 6% berbanding 64.85 perkhidmatan yang dikenakan GST juga pada kadar yang sama sebelum ini.
Walaupun menggunakan model Akta Cukai Perkhidmatan 1975, beberapa penambahbaikan akan dibuat terutama pada aspek model dan skop bagi memastikan kelemahan yang ada dalam pelaksanaan cukai ini dapat diminimumkan.

Antara Perkhidmatan Yang Dikenakan Cukai Adalah…
Pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan yang baharu ini akan melibatkan beberapa perkhidmatan yang sebelum ini tidak dikenakan cukai GST.
Antara khidmat tersebut seperti penginapan hotel yang merangkumi katil dan sarapan (B&B), pangsapuri, dan inap desa.

Antara lain yang dikenakan cukai termasuklah restoran, catering, kelab malam, kelab persendirian, lapang sasar, perhidmatan telekomunikasi seperti aplikasi berbayar, televisyen berbayar, dan internet.
Judi Pun Kena Cukai

Segala bentuk perjudian yang dijalankan juga akan dikenakan cukai. Perjudian seperti nombor ramalan, lumba kuda, kasino, dan loteri merupakan antara yang akan dikenakan cukai.
Inflasi Selepas SST?

Meskipun selepas pelaksanaan SST, kerajaan menjangkakan kadar inflasi akan berada pada tahap yang terkawal serta tidak menjejaskan kuasa beli masyarakat.
Pengenalan SST juga dijangka tidak mampu untuk memberikan bebanan kepada pengguna seperti yang berlaku sejurus pengenalan GST pada tahun 2015.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.