Semalam,  Menteri Kewangan, YB Lim Guang Eng ada menyatakan bahawa sebanyak lebih RM 18 bilion duit cukai GST telah ‘hilang’ dan disyaki duit tersebut telah diambil oleh kerajaan sebelum ini.

Beliau mengatakan jumlah yang sepatutnya ada dalam akaun GST adalah tidak sama dengan yang tertera dalam kertas. Sepatutnya, jumlah kutipan GST adalah sebanyak RM19.4 bilion, namun terdapat hanya RM1.4 bilion sahaja.

Katanya lagi, duit tersebut mungkin digunakan untuk membayar semua menjamin hutang 1MDB yang tertunggak. Selain itu, duit yang GSt yang hilang tersebut turut digunakan untuk menampung hutang kerajaan BN yang lain.

GST
GSt diperkenalkan di malaysia pada tahun 2014. (Sumber gambar: Lowyat)

Sehubungan dengan itu, ahlii Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin  berkata, beliau akan membuat satu laporan polis dan juga kepada SPRM mengenai kenyataan Menteri Kewangan mengenai kehilangan dana GST tersebut.

BACA JUGA :   AZMIN ALI IBARAT MENANG DALAM KALAH

Dalam satu kenyataan di Twitter, beliau akan membuat laporan kerana siasatan dalaman oleh pihak kementerian sahaja tidak mencukupi bagi kesalahan yang besar sebegitu lebih-lebih lagi ia melibatkan jumlah wang yang besar sert kredibiliti kerajaan.

Lim Gun Eng menyalah kerajaan sebelum ini kerana dana GST yang telah hilang. (Sumber gambar: World of Buzz)

Laporan yang dibuat adalah kepada Menteri Kewangan sendiri, Lim Guang Eng, 10 orang teratas dalam Kementerian Kewangan, serta Menteri Kewangan sebelum ini iaitu Datuk Seri Najib Razak.

Laporan telah dibuat petang tadi jam 2:00 petang di balai polis Sentul.

Bayaran Tertangguh Selama 2 Tahun

Lim Guang Eng mengatakan bahawa duit yang hilang tersebut boleh digunakan untuk membayar tuntutan yang telah tertunda selama lebih 2 tahun.

Tan Sri Mohd irwan Siregar Abdullah turut mengetahui tentang kehilangan dana GST sebanyak RM18 bilion menurut Lim Guan Eng.

Dana yang sepatutnya digunakan untuk membayar kepada peniaga yang sepatutnya, tetapi telah digunakan sebagai modal untuk membiayai perkara lain oleh kerajaan Barisan Nasional.

BACA JUGA :   Cubaan Untuk Melumpuhkan UMNO, Zahid Dakwa SPRM Beku Akaun UMNO

Lim Guan Eng turut mendakwa Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara, Tan Sri Dr. Irwan Serigar Abdullah turut mengetahui mengenai dana cukai yang telah hilang tersebut.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here