PANAS! Dukun Tempah Tiket Ke Panggung Indonesia 8 Ogos Ini

0
1645

Selepas berjaya menembusi pasaran Malaysia dengan kutipan sebanyak RM 11 juta, Dukun akhirnya melebarkan sayapnya ke Indonesia bermula dari hari esok.

Dukun

Filem Dukun nampaknya membawa tuah apabila bakal ditayangkan di 33 buah pawagam di negara jiran sekitar ibu kota Indonesia iaitu Jakarta, Malang dan lain-lain.

Najwa Abu Bakar selaku Ketua Astro Shaw menyatakan bahawa ini adalah suatu fenomena yang hebat setelah sesebuah filem anak tempatan berjaya melebarkan sayap ke persada antarabangsa dan mencipta sejarah tersendiri.

Dukun

“Sebelum ini, filem Dukun telah menyertai New York Asian Festival di Amerika Syarikat dan kemudian ditayangkan buat penonton Indonesia yang berasa teruja untuk menonton setelah tular di media sosial.-K! ONLINE

“Selain mengharapkan sambutan positif daripada penonton Indonesia, kami juga sedang menantikan beberapa negara lain yang akan menayangkan filem ini serta beberapa festival filem antarabangsa di mana Dukun bakal dipertandingkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.-K! ONLINE

BACA JUGA :   Persediaan yang Perlu Dilakukan Sebelum Belajar ke Luar Negara

Dukun

Filem ini dibintangi oleh pelakon berprofil tinggi seperti Datin Seri Umie Aida, Faizal Hussein, Namron dan ramai lagi.

Dukun mengisahkan tentang Karim (Faizal Hussein) menjadi peguam bela kepada Diana Dahlan (Umie Aida) yang kemudian memecah misteri punca kematian isterinya, Sara (Avaa Vanja) dan kehilangan anak perempuan, Nadia (Elyana). – K! ONLINE

Dukun

Hebat bukan? Diharapkan lebih banyak lagi karya tempatan yang berkualiti dihasilkan oleh para karyawan di bumi Malaysia ini.

Hal ini membuktikan bahawa seni bukan sekadar suatu medium hiburan, ia juga adalah salah satu bidang yang mampu mengangkat imej negara di mata dunia, seterusnya melakar memori manis buat penonton di tanah air.

BACA JUGA :   Baru Habis Trial SPM? Ayuh Daftar Kemasukan Ke UIN SUSKA Riau Di Indonesia

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here