Daripada seorang kaunselor berdaftar kepada wakil rakyat, itulah perjalanan hebat seorang tokoh asal Sungai Kandis, Ustaz Zawawi Mughni. Ketentuan yang beliau sendiri tidak pernah disangka, namun beliau hanya menerima sebarang keputusan yang ditetapkan.

Dalam sebuah temu bual eksklusif bersama calon pilihan raya kecil N49 Sungai Kandis ini, beliau menyatakan beliau sendiri tidak terfikir untuk tampil ke depan sebagai seorang calon bagi Parti Keadilan Rakyat(PKR) bagi pilihan raya kecil ini.

Zawawi
Ustaz Zawawi Mughni akan mewakili Parti keadilan Rakyat dlam pilihan raya kecil N49 Sungai Kandis. (Sumber gambar: Kosmo)

Sebelum ini, fokus beliau hanyalah sebagai jurulatih kepada jentera PKR, namun kina beliau terpaksa beralih fokus kepada bersedia untk mewakili suara lebih 50,000 penduduk Sungai Kandis di peringkat negeri Selangor.

Usaha utama beliau adalah untuk memberikan kefahaman kepada kaum lain mengenai agama Islam supaya tidak menimbulkan sebarang salah faham. Konsep Wasatiyyah digunakan beliau bagi mencapai objektif ini.

BACA JUGA :   Ustaz Zawawi : Anak Kelahiran Kembali Berbakti Untuk Warga Sungai Kandis

Sederhana dalam berkempen dengan mendepani realiti setempat yang berlaku di sekitar kemoniti. Dengan itu, bukan hanya penduduk Islam sedia ada, malah komuniti minority di Sungai Kandis juga menunjukkan sokongan kepada beliau.

Yang Terbaik Untuk Sungai Kandis

Ustaz Zawawi disenangi oleh semua penduduk di kawasan Sungai Kandis.

Ustaz Zawawi membayangkan sekiranya beliau memenangi kerusi ini, segala yang terbaik akan diusahakan demi daerah kelahirannya itu. Sungai Kandis sebagai daerah terbaik seluruh Selangor, itulah yang menjadi visi utama beliau dalam perjuangan ini.

Dalam usaha beliau untuk membawa Sungai Kandis menjadi yang terbaik dalam seluruh negeri Selangor, sudah tentu ada beberapa perkara yang beliau harus baiki dan tambah baik di Sungai Kandis ini.

Kebajikan Rakyat Menjadi Keutamaan

Kebajikan rakyat telah berada dalam usaha utama beliau bagi memastikan kesejahteraan hidup rakyat Sungai Kandis kekal terjamin. Dengan menggunakan #KekalkanTradisiPeduliRakyat, beliau ingin memastikan kebajikan rakyat terjamin.

BACA JUGA :   Ustaz Zawawi Mughni: Calon PRK Sungai Kandis 'Diam-Diam Ubi Berisi'
Ustaz Zawawi sentiasa mengambil kira sebarang masalah yang berlaku di daerah Sungai Kandis.

Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan parti PKR telah menyediakan pelbagai inisiatif kepada rakyat Selangor melalui program Inisiatif Peduli Rakyat dalam menuju ke ara sebuah negeri yang berkebajikan.

Ustaz Zawawi ingin memastikan semua rakyat di Sungai Kandis dapat merasai setiap IPR yang telah dibangunkan ini. Itulah yang menjadi misi utama beliau dalam memastikan rakyat Sungai Kandis tidak terlepas menikmati segala inisiatif ini.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here